Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Saya Tidak Pernah
Kredit: Bernama

Saya Tidak Pernah Buat Masalah – Faisal Halim

Athirah

Saya Tidak Pernah Buat Masalah – Faisal Halim

SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) — “Saya tidak pernah membuat masalah dengan orang,” demikian luahan Faisal Halim dalam sidang media hari ini yang juga kemunculan pertamanya di khalayak umum selepas menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya, awal bulan lepas.

Pemain berusia 26 tahun yang merupakan tonggak utama Selangor FC (SFC) dan Harimau Malaya itu berkata beliau melayan semua orang sama rata selain tidak sombong kepada sesiapa sahaja yang mendekatinya, sama ada peringkat atasan mahupun bawahan.

Dikenali dengan perwatakan ceria, beliau berkata kemungkinan terpaksa mengubah karakter untuk menjadi ‘sombong’ selepas ini bagi keselamatan diri.

“Saya selalu senyum kalau jumpa orang. Lepas ini mungkin perlu sombong untuk kebaikan sebab saya terlalu baik dengan semua orang.

“Saya tidak tahu saya ada musuh ataupun tidak sebab saya tak pernah buat masalah dengan orang,” katanya di Pusat Latihan Selangor FC di sini hari ini.

Bapa kepada seorang anak lelaki itu mengakui sukar buat dirinya apabila hanya dapat memeluk anaknya empat atau lima hari lalu selepas kejadian berkenaan.

“Saya rapat dengan anak, setiap kali pergi luar negara, anak akan demam, rindu ayah. Selepas kejadian ini selama satu bulan tak dapat sayang dan peluk anak saya.

“…tapi (sekarang) belum dapat tidur bersama anak. Anak saya adalah kekuatan saya, semangat saya. Saya berharap apa jadi saya terima dengan reda, hati terbuka, dapat kembali memberi satu ‘hadiah’ untuk anak,” katanya.

Pada 5 Mei lepas, Faisal Halim mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari.

Seterusnya pada 25 Mei, Selangor FC menerusi kenyataan mengesahkan pemain sayapnya itu dibenarkan keluar dari sebuah hospital swasta di sini selepas menjalani empat pembedahan susulan insiden berkenaan.

BACA: Keracunan Makanan: 24 Pelajar SBP Integrasi Jempol Dikejarkan Ke Hospital

Sumber: Bernama