Sediakan Makanan Sihat & Lengkap Nutrisi, SK Tok Sangkut Terima Pujian Ramai
Baru-baru ini, Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkut Pasir Mas, Kelantan mendapat perhatian ramai selepas menjual makanan dan minuman yang berkhasiat dan sihat, selaras dengan garis panduan yang ditetapkan.
Menerusi muat naik laman Facebook Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kelantan, ia memaparkan jenis-jenis makanan yang dijual pihak sekolah dan pengusaha kantin, Encik Zamani.

“Ada buah, ada air jus (tembikai), ada makanan bersup, ada protein dan sayur berasingan dan air kosong. Terbaik,” tulis kenyataan tersebut.
Selain itu, kantin sekolah tersebut bebas daripada jajan, makanan proses atau makanan segera seperti kentang, hotdog, nugget, kerepek atau keropok, air kordial dan air kopi atau teh.
“Semoga usaha ini diredhai Allah dan menjadi motivasi kepada pengusaha lain,” maklum Pusat Maklumat Pemakanan negeri itu.

Tidak dinafikan tindakan yang dilakukan oleh pihak terlibat mendapat komen yang positif dalam kalangan ibu bapa, rata-rata berkata ia adalah satu tindakan yang tepat.
Sesetengah juga ada yang memberi cadangan kepada pengurusan sekolah dan pengusaha kantin agar mengikuti jejak langkah seperti sekolah itu kerana tidak menyediakan makanan segera kepada murid-murid.
“Sekolah anak saya ni. Memang dia suka makan dekat kantin. Nasi ayam pedas, bihun sup, mee goreng,” komen salah seorang warga maya.
BACA: Tak Perlu Panik Lagi, Abang Ni Kongsi Cara Guna Tandas Dalam Pesawat
“Buah ramai budak suka sebenarnya. Murid selalu minta bekalan buah-buah yang saya potong jika mereka nampak saya makan. Tapi ramai pengusaha kantin tidak cakna hal ni,” komen netizen lain.
“Sebaiknya begini. Lupuskan terus makanan segera di kantin sekolah rendah. Murid-murid sihat otak pun cerdas. Tindakan tegas perlu dilakukan pada pengusaha kantin,” cadang seorang pengguna lagi.
“MashaAllah terbaik. Tak risau mak ayah nak bagi anak-anak makan dekat sekolah sebab tahu makanan yang baik lagi sihat. Semoga pahala berganda buat pengusaha kantin dan PIBG sekolah,” komen pengguna lain.
https://www.facebook.com/nutritionistklate/posts/pfbid024MDf7GrRTfevkKhzowzstNcJfkK3mi3BH8d3sVYKUZU7wWzqHCSBrwZNWF1M2Scpl