Tak Perlu Panik Lagi, Abang Ni Kongsi Cara Guna Tandas Dalam Pesawat
Bercuti atau melancong merupakan satu perkara yang menyeronokkan sama ada secara berkumpulan ataupun solo.
Ini kerana ia merupakan salah satu cara untuk merasai pengalaman hidup di negara orang selain menjadi terapi kepada stres dan masalah yang dihadapi.
Pelbagai pengangkutan digunakan untuk melancong dari satu tempat ke tempat yang lain, antaranya ialah kapal terbang. Seperti yang diketahui, reka bentuk dalaman pengangkutan udara ini semakin ditambah baik tahun demi tahun.
Ia bagi memastikan para penumpang kekal selesa sepanjang penerbangan sehingga tiba ke destinasi.
Walau bagaimanapun, kadangkala masih ramai kurang memahami cara menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kapal terbang termasuklah tandas.
Sehubungan itu, SK akan berkongsikan tip daripada seorang pengguna TikTok @jalilrazak1 mengenai cara mengunakan tandas di dalam pesawat itu.
Menurut lelaki yang dikenali sebagai Jalil, dia menjelaskan masih ramai yang tidak mahir dalam menggunakan kemudahan tandas dalam kapal terbang khususnya golongan berusia.

Jelasnya, terdapat dua tandas yang disediakan di dalam kapal dan ia terletak dihujung laluan kabin iaitu di bahagian kiri dan kanan laluan.
Pertama sekali untuk memastikan terdapat orang di dalamnya, anda perlu melihat tanda warna pada pintu sama ada merah atau pun hijau.
Jika ia berwarna merah bermaksud ada orang di dalam, manakala warna hijau pula tiada orang.
BACA: 11 Beradik Berkongsi Duit Bina Rumah Baharu Untuk Ibu Bapa
Umumnya, lampu di dalam tandas akan dihidupkan secara automatik setelah pintu ditutup dan dikunci. Katanya, keluasan tandas itu agak kecil, dianggarkan 4×4 kaki atau 6×4 kaki.
Kemudahan

Dalam tandas ini, terdapat pelbagai kemudahan seperti paip air panas dan sejuk, tisu tandas (lembut dan kasar), tempat buamg habuk rokok, penyangkut dan plug (soket antarabangsa).
Selain itu, terdapat juga kemudahan asas seperti tong sampah, butang kecemasan, losyen (air freshener), sabun, tempat simpanan pad wanita, tempat pemegang, tempat menukar lampin bayi dan beberapa pembesar suara untuk pengumuman.
Nak mencuci kekotoran

Selain itu, bagi yang segan untuk duduk di atas mangkuk tandas, tandas ini juga menyediakan tisu khas untuk para penumpang ‘melabur’ dengan selesa.
Bahkan, mereka turut menyediakan cawan kecil untuk mencuci sisa pembuangan, dengan cara meletakkan air didalamnya dan siram di bahagian badan yang kotor.
Yang paling penting, selepas selesai melakukan pembuangan, pengguna hendaklah flush selepas menggunakan tandas dan membuang cawan tersebut.
Setelah selesai, pintu hendaklah dibuka dengan selak dan ditarik (bukan tolak) pada bahagian tengah pintu, barulah boleh keluar daripada tandas berkenaan.
@jalilrazak1
Sumber: TikTok @jalilrazak1