Siakap Keli
destinasi paling popular di malaysia dalam kalangan pelancong thai

Agoda Umumkan Senarai Destinasi Paling Popular Di Malaysia Dalam Kalangan Pelancong Thai

Agoda Umumkan Senarai Destinasi Paling Popular Di Malaysia Dalam Kalangan Pelancong Thai

KUALA LUMPUR, 14 JUN 2024 Menurut platform pelancongan digital Agoda, Kuala Lumpur merupakan destinasi di Malaysia yang mendapat jumlah carian tertinggi dalam kalangan pelancong Thai, diikuti dengan Pulau Pinang, Johor Bahru, Genting Highlands, dan Langkawi dalam senarai lima destinasi yang paling popular.

Walaupun sudah menjadi laluan yang sering dilalui, sambungan antara Thailand dan Malaysia telah bertambah baik baru-baru ini dengan penambahan laluan penerbangan dan sambungan bas.

Ini adalah berikutan pengumuman daripada Menteri Pengangkutan Malaysia yang membenarkan bas pelancongan dengan pendaftaran Thailand memasuki Malaysia selepas membuat permohonan. Ini memudahkan ketibaan pelancong Thai ke Malaysia dengan menaiki bas.

Data carian penginapan Agoda untuk bulan Mei menunjukkan Kuala Lumpur mendahului destinasi-destinasi Malaysia yang lain dengan jumlah carian tertinggi oleh pelancong Thai. Pulau Pinang dan Johor Bahru juga mendapat jumlah carian yang tinggi, menandakan minat yang semakin meningkat terhadap destinasi pelancongan di Malaysia.

destinasi paling popular di malaysia dalam kalangan pelancong thai

Fabian Teja, Pengarah Negara Malaysia dan Brunei di Agoda berkata, “Malaysia sememangnya merupakan  destinasi popular bagi negara jiran, Thailand sejak turun-temurun lagi. Dengan penambahan pilihan pengangkutan, kami berharap agar lebih ramai pelancong Thai akan bercuti di Malaysia untuk menikmati pelbagai tarikan yang unik, makanan yang lazat, bersertakan kemesraan Malaysia.”

Pelancong Thai boleh menerokai pelbagai destinasi Malaysia yang menarik, merangkumi tarikan di bandar raya Kuala Lumpur yang meriah sehinggalah ke Pulau Langkawi yang indah.

Dengan adanya tawaran bernilai hebat untuk  tempat-tempat penginapan, penerbangan dan aktiviti liburan, Agoda sentiasa bersedia untuk membantu para pelancong Thai dan Malaysia untuk bercuti dengan mudah dan lancar.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.