Siakap Keli
taman tema genting terbakar
Kredit: Astro Awani

Taman Tema Genting Highland Terbakar, Api Marak Kelihatan

Taman Tema Genting Highland Terbakar, Api Marak Kelihatan

Satu kebakaran dilaporkan berlaku di Taman Tema Genting Skyworlds, Genting Highlands hari ini.

Menurut Astro Awani, kejadian yang menggemparkan para pengunjung taman tema tersebut berlaku kira-kira jam pukul 4.45 petang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands berkata, kejadian kebakaran berkenaan dipercayai melibatkan sebuah bangunan empat tingkat di pusat peranginan tersebut.

https://www.facebook.com/100063206734294/videos/pcb.345873151637579/7641546159265352

Taman Tema Genting terbakar petang tadi, api marak kelihatan

“Jentera JBPM dari Genting Highland dan dibantu pasukan penyelamat dari Bentong dan Janda Baik sudah digerakkan ke lokasi insiden,” kata jurucakap seperti yang dilaporkan dalam Astro Awani.

Dalam pada itu, Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Pahang memaklumkan pihaknya tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 5.18 petang.

Seramai empat anggota dari JBPM Genting Highland dikerah ke lokasi kejadian. Mereka turut dibantu oleh 16 anggota iaitu masing-masing dari balai Bentong dan Janda Baik.

https://www.facebook.com/100001424430967/videos/pcb.7812341672156570/823260486408622

Tiada kemalangan jiwa yang berlaku semasa kebakaran

Menurut Astro Awani lagi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan setakat ini. Para pengunjung dan kakitangan taman tema di bangunan berdekatan turut diarahkan untuk mengosongkan premis masing-masing.

Terdahulu, beberapa keping gambar dan video kejadian tular di media sosial dipercayai dikongsikan oleh para pengunjung taman tema berkenaan.

https://www.facebook.com/100001424430967/videos/pcb.7812341672156570/1003916224661066

https://www.facebook.com/100063206734294/videos/pcb.345873151637579/474221121684464

BACA: Agoda Umumkan Senarai Destinasi Paling Popular Di Malaysia Dalam Kalangan Pelancong Thai

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.