Siakap Keli
anak yana garu leher berdarah
Gambar: IG Yana Samsudin

Yana Samsudin Luah Rasa Risau, Anak Garu Leher Sampai Berdarah

Yana Samsudin Luah Rasa Risau, Anak Garu Leher Sampai Berdarah

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti berimpian mahu memiliki cahaya mata sendiri satu hari nanti.

Anak yang dilahirkan kelak pula akan ditatang bagai minyak yang penuh. Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita akan memberikan yang terbaik yang kita mampu untuk anak-anak, kan?

Perkembangan fizikal, rohani dan juga kesihatan mereka dipantau setiap masa. Doa semoga anak-anak membesar dengan baik, sempurna dan sihat selalu dipinta kepada yang Maha Esa.

Jadi, ibu bapa mana yang tidak akan merasa resah dan khuatir apabila anak tiba-tiba jatuh sakit atau tidak aktif seperti biasa.

Susah hati kita sepanjang masa, memikirkan cara terbaik untuk merawat mereka.

“Tapi bukan eczema tau…” Yana Samsudin jelaskan keadaan anaknya

Baru-baru ini, Yana Samsudin yang merupakan seorang pelakon dan usahawan meluahkan rasa bimbang dengan keadaan anaknya di media sosial.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram, Yana memberitahu anaknya yang baru berusia enam bulan menggaru leher sehingga mengeluarkan darah.

Dalam video berdurasi 23 saat berkenaan, kelihatan si kecil yang comel itu sedang tidur dengan lena. Namun, kesan darah jelas kelihatan pada bahagian baju dan bantalnya.

“Ya Allah, di garunya leher sampai luka macam ni. Kuku dah kerap potong tapi jadi juga. Tapi bukan eczema tau,” katanya.

Menurut Yana lagi, beliau sudah mencuba pelbagai jenis krim gatal, namun tidak berkesan.

“Anak korang pernah jadi macam ini tak?”, tanya Yana kepada para pengikutnya.

“MasyaAllah sakitnya. Mesti ngantuk sangat sampai tak rasa pedih”

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya turut meluahkan rasa risau dan simpati dengan keadaan si kecil comel itu.

Pada masa yang sama, ada juga yang tampil berkongsi pelbagai tip yang boleh dicuba oleh Yana untuk merawat masalah berkenaan.

Ada juga yang mencadangkan Yana memakaikan bayinya dengan sarung tangan. Kata mereka, bayi masih tidak dapat mengawal pergerakan mereka dan boleh mencakar diri sendiri walaupun tidak gatal.

Athirah

When nothing goes right, go left.