Siakap Keli
Taufik Batisah bilal solat jumaat
Kredit: TikTok @planb. sg via musbatisah

“Mantap, Gunakan Bakat Dengan Baik”, Penyanyi Taufik Batisah Jadi Bilal Solat Jumaat Tuai Pujian

“Mantap, Gunakan Bakat Dengan Baik”, Penyanyi Taufik Batisah Jadi Bilal Solat Jumaat Tuai Pujian

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi kelahiran Singapura, Taufik Batisah yang mencipta fenomena beberapa tahun dahulu dengan judul lagu #AwakKatMane?

Fenomena tersebut berjaya menaikkan nama Taufik di Malaysia sekali gus menjadi salah seorang salah seorang penyanyi Singapura yang berjaya mencipta nama di negara ini.

Baru-baru ini, penyanyi berusia 43 tahun itu mencuri perhatian netizen di media sosial apabila satu klip tular memaparkan Taufik lunak mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.

Gambar: TikTok @planb. sg via musbatisah

Menerusi klip yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @ Plan.b sg, juara Singapre Idol musim pertama itu difahamkan telah dijemput menjadi Bilal sewaktu Solat Jumaat di Masjid Darussalam di Clementi pada Jumaat lalu.

Taufik yang mengenakan jubah berwarna hitam dan kopiah putih itu dilihat berdiri di hadapan para jemaah sambil mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.

Penampilan selebriti itu sebagai bilal jemputan difahamkan bukanlah kali pertama.  Sebelum ini, Taufik pernah dijemput oleh untuk menjadi bilal di Masjid Ahmad Ibrahim.

“Sedap Suara” – Netizen

Menjengah ke ruangan komentar, ramai netizen yang terkejut dan menzahirkan rasa syukur dengan penampilan Taufik.

Rata-rata mereka berasa kagum dengan penyanyi tersebut kerana menggunakan suara di saluran yang betul.

BACA: “Aku Dah Janji Nak Wakafkan Seluruh Tubuh..” Hazeman Huzir Derma Rambut Untuk Pesakit Kanser

Berikut antara komen daripada netizen;

“Yang ni penyanyi #AwakKatMane? Dulu tu kan, nama dia Taufik Batista kan?” Komen salah seorang pengguna.

“Hormat dengan Taufik Batisah.. Alhamdulilah,” Komen seorang lagi pengguna.

“Bagus bakat digunakan dalam agama. Terbaik la Taufik,” tulis pengguna platform tersebut.

“Kita tidak perlu kekayaan dan nama tinggi tinggi. Asal rezeki yang diberikan-Nya halal dan penuh Rahmat. Hidup bahagia kita,” komen pengguna lain.

Untuk makluman, video in mendapat lebih 190,000 tontonan dengan lebih 17,000 tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen daripada pengguna.

@planb.sg

Juara Singapore Idol musim pertama, Taufik Batisah, telah dijemput oleh Masjid Darussalam di Clementi sebagai bilal solat Jumaat pada 14 Jun. Bahkan, ini bukan kali pertamanya. Taufik pernah menjadi bilal jemputan di Masjid Ahmad Ibrahim sebelum ini. Credits: musbatisah

♬ original sound – Plan B – Plan B

Taufik Batisah atau nama sebenarnya Muhammad Taufik bin Batisah merupakan pemenang rancangan realiti televisyen, Singapore Idol musim pertama.

Namanya meletop dalam industri seni Malaysia dengan judul lagu #AwakKatMane yang telah diterbitkan pada 2014. Lagu tersebut mendapat lebih 8.7 juta tontonan di saluran YouTube.

Sumber: TikTok @planb. sg via musbatisah

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?