Siakap Keli
Permohonan BUDI MADANI Diluluskan
Gambar: BERNAMA

100,000 Permohonan BUDI MADANI Diluluskan – MOF

100,000 Permohonan BUDI MADANI Diluluskan – MOF

PUTRAJAYA — Sebanyak 100,000 permohonan bantuan tunai subsidi diesel di bawah inisiatif BUDI MADANI untuk pemilik kenderaan diesel individu (BUDI individu) serta petani dan pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi) telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan (MOF).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata matlamat penyasaran subsidi ini adalah bertujuan menumpukan bantuan kepada sektor yang layak dan golongan masyarakat yang memerlukan.

“Bantuan tunai yang ditetapkan pada RM200 sebulan adalah untuk menampung perbelanjaan tambahan diesel bagi lebih 80 peratus pemilik kenderaan diesel individu.

“Saya menyeru kepada rakyat Malaysia yang layak, supaya segera mendaftar bagi mendapatkan bayaran bantuan tunai diesel bulan Jun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, seramai 30,000 pemohon telah menerima bayaran bantuan tunai pada 10 Jun, diikuti oleh 46,000 pemohon yang menerima bayaran pada hari ini, 19 Jun 2024.

“Bagi mereka yang membuat permohonan sebelum hujung bulan Jun ini, pemohon akan menerima bayaran pada awal Julai depan.

“Pemohon yang layak akan menerima bantuan RM200 secara bulanan melalui akaun bank masing-masing atau mendapatkan bayaran tunai di kaunter-kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN),” ujarnya.

BACA: Cara Nak Mohon BUDI MADANI

Tambahnya, dianggarkan, seramai 300,000 pemilik kenderaan diesel persendirian individu di Semenanjung Malaysia layak untuk menerima Budi Individu. Manakala seramai hampir 400,000 petani dan pekebun skala kecil berkelayakan menerima manfaat daripada BUDI Agri-Komoditi.

Menurutnya, inisiatif BUDI MADANI yang dibuka sejak 28 Mei 2024 adalah platform untuk mengagihkan bantuan tunai subsidi diesel kepada pemilik kenderaan melalui kategori BUDI Individu; dan kepada petani dan pekebun kecil melalui kategori BUDI Agri-Komoditi.

Sementara itu, Amir memaklumkan pemohonan individu yang gagal boleh mengemukakan rayuan di laman sesawang https://budimadani.gov.my.

“Bagi pemohon petani dan pekebun kecil yang masih belum berdaftar di agensi di bawah Kementerian yang berkenaan, mereka dinasihatkan untuk berbuat demikian terlebih dahulu.

“Selepas itu, mereka digalakkan mengemukakan permohonan Budi Madani sekiranya belum memohon atau mengemukakan rayuan di laman sesawang sama,” ujarnya.

Sumber: Kementerian Kewangan (MOF)

BACA JUGA: Harga Diesel Di Semenanjung Ditetapkan RM3.35 Seliter Mulai 12.01 Tengah Malam Ini

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.