Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Teknologi bunyi jaringan lukaku
Gambar: AFP

Teknologi Bunyi Lebur Jaringan Lukaku

Iqbal Yasir

Teknologi Bunyi Lebur Jaringan Lukaku

FRANKFURT — Teknologi bunyi meleburkan hasrat jaringan penyerang Belgium, Romelu Lukaku untuk Belgium sekurang-kurangnya mengutip satu mata dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E Kejuaraan Eropah Euro 2024 menentang Slovakia pada awal pagi Selasa, lapor Daily Mail.

Dalam perlawanan tersebut, Lukaku merembat masuk hasil hantaran lintang Lois Openda pada minit ke-86.

Bagaimanapun, berdasarkan keputusan teknologi itu ia mengesan frekuensi bunyi daripada Openda yang dinilai menggunakan tangan untuk mengawal bola sebelum melakukan hantaran lintang kepada ayam tambatan pasukan itu.

Pengadil perlawanan Umut Meler merujuk Video Pembantu Pengadil (VAR) untuk menilai insiden itu, dengan pegawai memutuskan lengan Openda berada dalam kedudukan yang tidak neutral.

Gambar: ITV

Difahamkam, teknologi ini telah lama digunakan dalam sukan kriket sejak 1990-an, untuk mengesan frekuensi bunyi dan membantu untuk menentukan sama ada dua objek telah bersentuhan antara satu sama lain.

Apatah lagi, Lukaku sebelum itu telah menjaringkan gol penyamaan selepas menerima hantaran daripada Amadou Onana namun dibatalkan kerana offside.

Sementara itu, keputusan itu dikecam teruk oleh Pengendali Belgium, Domenico Tedesco yang mengakui kecewa dengan keputusan kontroversi berkenaan, lapor AFP.

Tambahan lagi, pasukan dikejutkan dengan gol Slovakia seawal minit ketujuh menerusi Ivan Schranz di Stadium Frankfurt.

“Sukar untuk saya terangkan. Jika kami menang, saya boleh bercakap lebih lanjut mengenai pendapat saya.

“Tetapi kami kalah dan saya mahu dilihat sebagai pengurus yang adil jadi saya tidak berkata apa-apa,” katanya.

VAR lukaku
Gambar: AFP

BACA: Nedim Bajrami Lakar Sejarah, “Gol 23 Saat” Rekod Gol Terpantas Dalam Sejarah Euro

Dalam perlawanan tersebut, Belgium yang menduduki tempat ketiga dalam ranking dunia FIFA banyak mensia-siakan peluang keemasan untuk menjaring gol meskipun menentang pasukan di tempat ke-45 dunia itu.

Ia menjadi kekalahan pertama skuad itu dalam 15 perlawanan menamatkan rekod tanpa kalah Tedesco sejak dia menggantikan Roberto Martinez.

“Bagi saya ia sangat menyakitkan. Saya tidak mahu menunding jari kepada orang. Anda boleh meneka, pasti banyak perkara yang akan dipersoalkan selepas ini, tetapi kami akan melakukannya secara dalaman dan bukan melalui media.

“Saya tahu pasukan saya akan tewas juga satu hari nanti malangnya, ia adalah hari ini. Sejujurnya tidak banyak yang boleh saya katakan kepada pasukan untuk perbaiki.

“Kami mencipta banyak peluang, peluang keemasan. Sudah tentu jika kami mengambil satu, maka ia menjadikan permainan lebih mudah, ” katanya.

Bercakap mengenai prestasi penyerang utama pasukan itu, Lukaku, Tedesco enggan mengulas mengenainya dan berkata dia seorang pemain berkelas.

Skuad itu dijangka bertemu dengan Romania yang menang 3-0 ke atas Ukraine pada Sabtu ini. Jika Belgium mengutip lagi satu kekalahan, pasukan itu berisiko secara automatik pulang awal dari kejohanan kali ini.

Sumber: AFP via France24, Daily Mail