Siakap Keli
yayasan vfive lembu

Yayasan VFive Sumbang Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidiladha

Yayasan VFive Sumbang Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidiladha

Kuala Lumpur: Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik, organisasi kebajikan di bawah naungan VFive Group iaitu Yayasan VFive, telah mengadakan Program Infaq Mahabbah Korban sempena Hari Raya Aidiladha. Melalui inisiatif ini, lembu korban telah diagihkan melalui 26 masjid dan surau di seluruh Semenanjung Malaysia.

Jumlah lembu korban yang diagihkan oleh Yayasan VFive pada tahun ini juga adalah dua kali ganda berbanding tahun lalu, dan dijangka akan memanfaatkan kepada lebih 80,000 penerima di seluruh semenanjung Malaysia.

Pengasas dan Pengerusi Yayasan VFive, Datuk Hj. Mohd Syafiq Abdullah, menyifatkan sumbangan tersebut sebagai satu langkah simbolik bagi menzahirkan keprihatinan pihak Yayasan VFive terhadap golongan yang memerlukan.

“Alhamdulillah atas keizinan dari Allah S.W.T, kami dapat menyempurnakan sumbangan korban pada tahun ini. Kami berharap usaha ini dapat menghadirkan sinar kebahagiaan buat setiap penerima, terutamanya umat Islam di Malaysia,” katanya.

yayasan vfive lembu

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang turut sama terlibat dalam menjayakan program ini. “Terima kasih diucapkan kepada semua pihak termasuk masjid dan surau di atas kerjasama baik yang diberikan. Insya Allah, inisiatif ini akan diluaskan lagi pada masa akan datang bagi memastikan lebih ramai masyarakat dapat sama-sama dibantu,” tambahnya lagi.

yayasan vfive lembu

Yayasan VFive menerapkan  pendekatan bahawa sambutan Hari Raya Aidiladha bukanlah sekadar melaksanakan ibadah korban, tetapi juga peluang untuk menyemai semangat perpaduan, kebersamaan, dan ketaatan kepada Allah SWT. Prinsip inilah yang dipegang oleh Yayasan VFive dalam melaksanakan inisiatif ini.

Bagi orang ramai ataupun mana-mana pihak yang ingin menjalinkan kerjasama atau mendapatkan informasi lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Yayasan VFive, boleh berbuat demikian dengan melayari laman media sosial Yayasan VFive atau menghubungi talian 011-33301889.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.