Siakap Keli
klook hujung minggu

Pilihan Staycation Terbaik Klook Bagi Tiga Hujung Minggu Panjang Terakhir 2024

 Pilihan Staycation Terbaik Klook Bagi Tiga Hujung Minggu Panjang Terakhir 2024

Kuala Lumpur, 19 Jun 2024 – Kajian Travel Pulse 2024 dari Klook menunjukkan bahawa 65%  pengembara APAC mencari pengalaman pengembaraan bersama melalui percutian  pendek yang lebih kerap berbanding percutian panjang.

Untuk itu, tiga hujung minggu panjang terakhir pada separuh kedua 2024 – Cuti Awal Muharram, Hari Malaysia dan  Deepavali – menawarkan peluang terbaik untuk para pelancong. 

Klook berkongsi hasil kajian berdasarkan data booking mereka dan mendedahkan bahawa  Kuala Lumpur kini merupakan banda raya pilihan #1 untuk pelancongan dan tempahan  hotel untuk hujung minggu panjang di Malaysia, termasuklah ketika cuti Hari Haji yang lalu.

Dengan ketibaan perayaan Awal Muharram pada 5 hingga 7 Julai, Klook sedia membantu  anda merancang percutian yang pasti tidak dapat dilupakan melalui pengalaman 

pengalaman unik. Sama ada anda ingin menjelajahi bandar, mencari pengalaman  kesenian atau inginkan ketenangan, gunakan panduan Staycation dari Klook untuk  memastikan percutian yang menyeronokkan dan mesra bajet. 

Dapatkan lebih banyak penjimatan dengan merancang percutian hujung minggu panjang anda pada bulan September untuk Hari Malaysia, dan Oktober untuk Deepavali! 

Hotel Butik Anggun dan Bergaya 

Terdapat pelbagai hotel butik yang menawarkan pengalaman unik bagi memenuhi  keperluan pelancong yang mencari tempat penginapan yang lain daripada yang lain.  Permata tersembunyi yang menggabungkan estetika kontemporari dengan budaya  tempatan berikut akan memastikan penginapan anda selesa dan sesuai untuk  menyerikan halaman Instagram anda.

Capri by Fraser Bukit Bintang

klook hujung minggu

Terletak di pertengahan kawasan Bukit  Bintang yang meriah, hotel ini menawarkan  penginapan gaya moden yang sesuai untuk  pengembara yang ingin menyelami budaya  tempatan. Nikmati akses mudah ke kafe  unik, pusat beli-belah menarik dan dunia  hiburan malam yang menawan.

The Kuala Lumpur Journal 

klook hujung minggu

Hotel butik di Kuala Lumpur ini menawarkan  suasana artistik yang bergaya dengan  hiasan anggun dan kemudahan moden.  Para tetamu boleh menikmati bar di atas  bumbung, kolam renang, dan lokasinya  yang berdekatan dengan pusat membeli belah dan tempat makan yang popular.

MoMo’s 

Hotel unik yang penuh ekspresi di Kuala  Lumpur ini direka khas untuk pengembara  yang mahir media sosial. Dengan ruang  dalaman indah yang penuh dengan lokasi  fotogenik, MoMo’s sesuai untuk mereka yang  ingin merakam dan berkongsi detik-detik  percutian mereka.

The Chow Kit 

klook hujung minggu

Hotel butik Chow Kit dengan reka bentuk vintaj ini menawarkan gabungan unik dunia lama dan moden. Hotel ini menawarkan tetamu mereka lawatan berjalan kaki di sekitar kawasan perniagaan keluarga, pasar yang sibuk dan gerai makanan jalanan dengan bantuan wira-wira tempatan.

Rehat dan Cergaskan Diri: Panduan Untuk Percutian yang Menenangkan 

Adalah penting untuk kita mencari saat-saat untuk bertenang dan berehat dalam dunia  yang serba pantas hari ini. Bawakan diri anda ke oasis ketenangan di mana anda cuma  perlu berehat dan kosongkan minda. Sama ada anda sedang mencari percutian hujung  minggu atau percutian selama seminggu, destinasi berikut pasti dapat membantu rehatkan badan dan minda anda.

Else Retreats 

Terletak di bandar raya dinamik Kuala Lumpur, Else Retreats menyediakan akses mudah ke tarikan-tarikan utama sambil menyediakan kawasan berteduh daripada kesibukan bandar. Hotel butik ini menawarkan reka bentuk moden untuk pengalaman selesa, mewah dan tenang yang tiada tandingan.

M Resort 

Terletak dalam persekitaran hijau bersebelahan dengan padang golf, M Resort menjanjikan percutian yang tenang bagi kesejahteraan holistik. Para tetamu boleh menikmati rawatan spa, saksikan alam semula jadi dan rehat di bilik elegan yang selesa.

Kloe 

Terkenal dengan hiasan dalaman yang cantik dan artistik, Kloe Hotel Kuala Lumpur menyediakan percutian penuh ketenangan khusus untuk menjaga kesihatan dan menjana kreativiti. Para tetamu boleh menikmati bilik selesa yang direka dengan teliti serta ruang-ruang komunal.

Lloyd’s Inn KL 

Hotel minimalis ini merupakan pusat ketenangan di pertengahan bandar. Dengan reka bentuk anggun dan penuh kehijauan, Lloyd’s Inn KL sesuai bagi mereka yang mahu bercuti dengan kedamaian dan ketenangan dikelilingi nilai estetika. Setiap bilik direka untuk membawa dunia luar ke dalam rumah, dengan pengalaman pancuran mandian luaran seperti Bali kecil di tengah bandar.

Rancang Awal untuk Lebih Penjimatan Ketika Hujung Minggu Panjang 

Mulai sekarang hingga 8 Julai, nikmati diskaun 15% untuk hotel-hotel terpilih dan diskaun 9% untuk semua hotel apabila anda menempah penginapan anda di Klook. Untuk  maklumat lanjut tentang tawaran eksklusif dan menempah penginapan hujung minggu  panjang anda, sila layari https://s.klook.com/weekendgetaways

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.