Siakap Keli
cara cek saiz bateri kereta
Sumber: @pakwee_oe via TikTok

Jangan Salah Pilih, Abang Ni Ajar Cara Nak Baca & Cek Saiz Bateri Kereta Dengan Betul

Jangan Salah Pilih, Abang Ni Ajar Cara Nak Baca & Cek Saiz Bateri Kereta Dengan Betul

Kereta merupakan kenderaan peribadi yang dimiliki sekurang-kurangnya sebuah bagi setiap isi rumah di Malaysia.

Bagi pemilik kereta, pasti anda tahu bahawa bateri kereta merupakan komponen terpenting dalam kenderaan dan perlu diganti secara berkala, bergantung pada penjagaan serta prestasi bateri.

Secara umumnya, setiap model kereta yang dikeluarkan oleh pengeluar biasanya mempunyai saiz bateri kereta yang berlainan.

Apabila tiba masanya untuk menggantikan bateri kereta, anda perlu memeriksa dahulu saiz dan jenis bateri yang digunakan supaya tidak tersalah pilih.

Lalu, bagaimana kita mahu mengenali saiz bateri kereta masing-masing? Apa indikator yang perlu diperhatikan?

Jadi, SK hari ini akan berkongsi cara bagaimana hendak mengenal pasti pasti saiz bateri kereta masing-masing. Tips ini diambil daripada perkongsian oleh pengguna TikTok bernama @pakwee_oe.

Ada dua jenis kod, cara nak cek dan baca saiz bateri kereta

Menurut @pakwee_oe, biasanya terdapat dua jenis kod saiz bateri kereta yang dijual dalam pasaran.  Kod berkenaan adalah JIS (Japanese Industrial Standard) dan DIN (DeutschesInstitutfürNormung).

Difahamkan, bateri dengan kod JIS selalu digunakan untuk kenderaan-kenderaan yang dikeluarkan oleh pengeluar Asia seperti dari Jepun dan Korea Selatan.

Manakala bateri dengan kod DIN pula lebih kerap ditemui dalam kenderaan-kenderaan jenama kontinental dari Eropah.

Namun begitu, ada juga sebahagian model kenderaan dari Korea Selatan dan pengeluar-pengeluar lain di Asia seperti Proton yang turut menggunakan bateri dengan kod DIN.

BACA: Bekas Pelajar TVET Mampu Buka Tiga Cawangan Syarikat Fabrikasi & Perpaipan, Gajikan Lebih 80 Orang Staf

Setiap huruf dan nombor mempunyai maksud tersendiri

@pakwee_oe kemudian berkongsi cara untuk membaca kod bateri kenderaan dan menggunakan contoh bateri yang ada pada Mitsubishi Triton.

Kod yang terletak pada bahagian atas bateri pada kenderaan tersebut adalah 115D31L. Ketika membaca kod berkenaan, pengguna perlu memecahkan kepada bahagian 115, D, 31 & L. Setiap pecahan tersebut pula membawa maksud yang tersendiri.

Untuk pengetahuan anda, nombor 115 merujuk kepada kapasiti dan prestasi bateri kereta. Manakala huruf D pula merujuk kepada saiz bateri yang digunakan oleh setiap kereta.

Biasanya, bateri mempunyai empat saiz iaitu A, B, C & D. Manakala saiz yang biasa digunakan adalah B dan D.

Dalam pada itu, nombor 31 pula merujuk kepada panjang bateri yang dibaca dalam cm. Akhir sekali, huruf L itu mewakili kedudukan terminal positif bateri.

L pada bateri tersebut adalah Left yang bermaksud terminal positif bateri berada pada bahagian kiri. Jika tertera R, maka terminal positif berada pada bahagian kanan/right bateri.

Video berkenaan memberi manfaat kepada wargamaya

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok tersebut.

Anda juga boleh menonton video daripada @pakwee_oe di bawah untuk memahami lebih lanjut kaedah bacaan yang dimaksudkan.

Semoga bermanfaat.

BACA: Suami Tikam Isteri Sendiri Dipercayai Kerana Tak Puas Hati Mangsa Mahu Teruskan Tuntutan Fasakh

@pakwee_oe

Mcm mne nk tau size battary kereta😎 #pakwee #utkkomeajerr #kereta #car #tips #fyp #fypmalaysia #fypmalaysiatiktok #batugajah #batugajahperak #makwee #perak #ipoh #ipohperakmalaysia #carcar #fypmalaysiaviral #fypmalaysia🇲🇾tiktok #batterykereta

♬ a bright background music of whistles and accordions(1283462) – earbrojp

Sumber: @pakwee_oe via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.