Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Empat Nelayan Masih Hilang, Bot Terbalik Di Perairan Tanjung Segenting
Empat nelayan dipercayai hilang selepas bot dinaiki mereka dilaporkan terbalik dan tenggelam akibat cuaca buruk.
Menurut laporan Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku di perairan Tanjung Segenting di sini, pagi Jumaat.
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam bahawa terdapat bot nelayan tempatan tenggelam pada kedudukan kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting.
Tambahnya, bot nelayan terbabit dinaiki oleh lima orang kru yang berumur di antara 43 hingga 62 tahun, malah merupakan rakyat tempatan yang telah keluar ke laut untuk memukat ikan.
Seorang nelayan telah ditemui dan ditemui
“Keadaan cuaca yang buruk dan ombak besar telah menyebabkan bot terbalik seterusnya tenggelam.
“Sejurus menerima maklumat, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat) pada jam 9 pagi dan Bot Penggalang 30 dari Zon Maritim Batu Pahat telah diatur gerak ke lokasi kejadian,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.
Ujar Mohd Haniff lagi, salah seorang nelayan telah ditemui dan diselamatkan nelayan oleh bot nelayan yang berada di kawasan berhampiran.
Mangsa sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail
“Ketika di lokasi, bot nelayan tersebut kelihatan hampir tenggelam sepenuhnya. Seorang mangsa, Tan Siak Bin, 43, ditemui dan diselamatkan oleh bot nelayan yang berada berhampiran.
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada Bot Penggalang 30 untuk dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat bagi mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail,” jelasnya.
Tambah beliau, operasi pencarian yang dilakukan Op Carilamat bagi empat nelayan yang masih belum ditemui, telah diperluaskan dengan penambahan radius kawasan pencarian kepada 23 batu nautika persegi.
“Selain aset dari Maritim Malaysia, aset dari Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba danan Penyelamat Malaysia(JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut terlibat dalam operasi kali ini,” jelasnya lagi.
BACA: Filipina: Kes Pertama Demam Q Babitkan Kambing Diimport Dari AS
Sumber:
Sinar Harian