Siakap Keli
Amanahraya love & care

AmanahRaya Lestari Alam Sekitar Menerusi ‘Love & Care’, Projek Pembenihan Karang, Konservasi Penyu & Bersih Pantai

Amanahraya Lestari Alam Sekitar Menerusi ‘Love & Care’, Projek Pembenihan Karang, Konservasi Penyu & Bersih Pantai

Pulau Redang, 21 Jun 2024 – Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) dan Anak Syarikatnya, AmanahRaya Trustees Berhad (ART) melalui Yayasan AmanahRaya hari ini telah melaksanakan satu (1) lagi inisiatif Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menerusi tajaan sebanyak dua (2) buah meja pembenihan yang mengandungi empat ratus (400) benih terumbu karang yang diusahakan oleh Malaysia Tidal Garden Association (MTGA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Ahmad Feizal Sulaiman Khan dalam kenyataannya berkata, ‘AmanahRaya dan ART sentiasa komited untuk memberikan sokongan penuh terhadap aktiviti untuk memperkasa pemuliharaan ekosistem marin taman laut dan alam sekitar. Kami amat berharap usaha sebegini dapat dilaksanakan secara berterusan supaya khazanah yang sangat berharga ini dapat dikekalkan.’

Amanahraya love & care

AmanahRaya dan ART menyokong penuh aktiviti pemuliharaan sebegini dan sedar mengenai keperluan untuk membiak semula terumbu karang agar ianya terus dapat menjadi habitat kepada hidupan laut dan melindungi kawasan persisir pantai daripada hakisan selain mengimbangi ekosistem laut, tambah beliau.

Program kali ini memberikan satu kelainan kepada lebih kurang enam puluh lima (65) sukarelawan kerana mereka diberi pendedahan yang meluas untuk menelusuri ilmu mengenai ‘Coral Farming’ yang melibatkan penjagaan dan pembiakan spesis terumbu karang menggunakan kaedah pembenihan ke atas dua (2) jenis terumbu karang iaitu jenis ‘Acrophora Coral’ dan ‘Pocillapora Coral’. Jenis terumbu karang ini telah diwartakan kerajaan sebagai khazanah negara yang perlu dipelihara bagi mengelak kepupusannya.

Amanahraya love & care

Selain itu, beberapa aktiviti lain seperti pelepasan sebanyak seratus dua puluh (120) ekor anak penyu dan pembersihan pantai turut diadakan bagi memupuk kesedaran sukarelawan terhadap kepentingan memelihara ekosistem sumber marin dan alam sekitar. 

Program ini juga telah mendapat sokongan daripada Ketua Balai Polis, Pulau Redang, Sub Inspektor Roslee Bin Yaacub bersama lebih lapan (8) anggota yang akan bersama-sama  sukarelawan sepanjang program tersebut.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa