Siakap Keli
ayah berniaga walau dah tua

“Nak Ayah Rehat Ja,” Anak Kongsi Kenapa Ayahnya Berdegil Nak Berniaga Walau Dah Tua

“Nak Ayah Rehat Ja,” Anak Kongsi Kenapa Ayahnya Berdegil Nak Berniaga Walau Dah Tua

Bidang keusahawanan boleh membawa kepada keuntungan yang lumayan jika diuruskan dengan baik dan sistematik. Bidang perniagaan diceburi oleh pelbagai lapisan masyarakat, termasuklah dari pelbagai lapisan umur. Daripada remaja yang baru memulakan langkah untuk mendapatkan duit poket sendiri, sehinggalah kepada warga emas yang telah lanjut usia pun masih mahu berniaga. Antaranya termasuklah kebanyakan pesara tentera yang sangat gemar menceburi bidang perniagaan selepas menamatkan perkhidmatan mereka. 

Situasi sebegini sering dapat dilihat di sekeliling kita, samalah seperti yang dikongsikan oleh Najua Adila, di mana bapanya kini sudah menjadi pesara tentera tapi masih sibuk nak menjalankan perniagaan. Padahal anak-anak boleh saja beri duit belanja setiap bulan, tapi kedegilannya hendak berniaga walaupun telah dinasihati berkali-kali, memang tidak dapat dibendung lagi. Namun, setelah ditanya kepada bapanya kenapa masih nak berniaga, barulah tahu sebab-sebab yang membuatkan mereka ini ‘berdegil’ nak teruskan perniagaan. 

Pernah hidup serba kekurangan, nak bantu orang tak berkemampuan

Menurut bapanya, kehidupan lalu yang pernah berada di dalam fasa serba kekurangan dari segi kewangan membuat beliau ingin membantu golongan yang tidak berkemampuan. Salah satunya adalah melalui perniagaannya, mereka ini dapat dibantu dengan produk-produk yang dijualnya. Selain itu, dia juga boleh membuka peluang pekerjaan kepada komuniti setempat, secara tak langsung membantu ekonomi mereka.

Ayahnya Berdegil Nak Berniaga

‘Cemuih’ duduk rumah saja, nak ada aktiviti harian

Mungkin ramai yang boleh kaitkan faktor ini dengan ibu bapa sendiri. Walaupun dah berusia, ada saja yang hendak mereka lakukan untuk isi masa lapang, terutamanya dengan rakan-rakan seusia mereka. Begitulah yang dilakukan bapa Najua yang tidak mahu duduk di rumah sahaja, malah siap mengusahakan perniagaan menjual barangan keperluan dapur di pasar.

Manfaatkan keistimewaan sebagai veteran tentera melalui PUVET ATM

Nak berniaga ni memang cabarannya agak keras, terutamanya dari segi modal dan persaingan pasaran. Namun, disebabkan adanya keistimewaan sebagai veteran tentera, itulah yang merancakkan lagi semangat bapa Najua untuk berniaga. PUVET ATM atau Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM adalah inisiatif untuk memperkasakan veteran tentera dalam bidang keusahawanan bagi membantu veteran dalam kelompok B40 untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Selain menyediakan geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB), PUVET ATM turut membimbing veteran dalam pemadanan perniagaan, akses kepada fasiliti, latihan serta konsultansi dalam aspek pembungkusan, penjenamaan dan pemasaran.

Inisiatif seperti ini yang mendorong bapa Najua dan sebahagian besar veteran tentera yang lain bergiat aktif dalam bidang perniagaan setelah menamatkan perkhidmatan mereka. 

PUVET ATM Peringkat Negeri Johor

Pada 22 Jun 2024, YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan menyempurnakan PUVET ATM peringkat negeri Johor dengan menyantuni kelompok veteran di sini. 

ayah berniaga walau dah tua

Kementerian Pertahanan melalui Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Ekonomi bagi memastikan inisiatif ini dapat dinikmati dengan lebih inklusif oleh veteran tentera.

Untuk tahun 2024, manfaat PUVET ATM akan terus dilebarluaskan ke seluruh negara bagi mengenalpasti dan memadankan inisiatif keusahawanan yang diperlukan oleh veteran. Kementerian Pertahanan sasarkan seramai 200 Usahawan Veteran ATM akan dapat dipadankan sebagai penerima geran untuk tahun ini. 

Pada majlis itu juga, YB Adly turut menyampaikan geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) bernilai RM100,000 kepada 20 Usahawan Veteran ATM di Negeri Johor, dengan masing-masing menerima geran RM5,000.00.

Ayahnya Berdegil Nak Berniaga

Ayahnya Berdegil Nak Berniaga

Secara jelasnya, geran SPKLB ini telah menampakkan hasilnya menerusi keistimewaan yang sedang dinikmati oleh veteran. Kebanyakan penerima dapat mengembangkan perniagaan mereka, tidak kiralah dari segi peralatan, pasaran mahupun operasi syarikat. Seperti yang dikatakan oleh seorang usahawan veteran ATM, Md. Shahir Meskon yang menjalankan perniagaan makanan mi siput di Tangkak, Johor, penerimaan geran SPKLB telah melonjakkan pendapatannya.  

“Jika sebelum ini pengeluaran produk agak terhad, tapi selepas menerima peruntukan geran ini saya mampu meningkatkan pengeluaran produk sehingga 60kg sehari dan ini dapat menambah pendapatan saya sekeluarga”. Menerusi bimbingan PUVET ATM juga, dia merancang untuk meningkatkan lagi promosi dan pasaran Mee Siput Kak Chiq yang pernah menerima permintaan dari Singapura, Brunei dan Ireland.

Ayahnya Berdegil Nak Berniaga 

Begitu juga dengan veteran ATM, Wan Jonudin yang menjalankan perniagaan pakaian bundle sejak 7 tahun lalu berkata, PUVET ATM adalah inisiatif yang amat dinanti-nantikan veteran. Dengan bantuan ini akan merancakkan lagi perniagaannya yang telah mempunyai 3 cawangan di sekitar Johor.

Ayahnya Berdegil Nak Berniaga

Kebajikan veteran ATM diutamakan, Kementerian Pertahanan terus komited   

Bergelar seorang veteran ATM sememangnya memiliki banyak manfaat, salah satunya jasa mereka sentiasa dikenang, malah dihulurkan bantuan bagi meringankan beban terutamanya bagi mereka yang uzur, sakit kronik dan yang memerlukan bantuan. 

YB Adly Zahari pada hari yang sama turut melaksanakan Program Peduli Veteran Madani (PVM) peringkat Muar, Johor dengan menyantuni 11 orang veteran pada 21-22 Jun 2024. Tidak terhenti di situ, agenda PVM diteruskan dengan Sesi Dialog Timbalan Menteri Pertahanan bersama Persatuan Veteran ATM Negeri Johor.  

Dalam program itu, beliau berkongsi pelbagai inisiatif dan perkembangan terkini berkaitan hal ehwal veteran, di samping menyampaikan 400 Bakul Rahmah kepada 20 persatuan veteran untuk diagihkan kepada veteran dalam golongan asnaf.

Menurut Kementerian Pertahanan, inisiatif PVM ini bertindak sebagai medan interaksi dua hala antara kementerian dan Veteran ATM yang merangkumi 5 fokus utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan dan pemerkasaan ekonomi veteran. 

Jadi, tak hairanlah veteran tentera rancak berniaga..

Begitulah yang bermain di fikiran Najua dan kita semua, menjawab kenapa pesara tentera lebih gemar berniaga setelah mereka bersara. Keistimewaan sebagai veteran ATM sememangnya menyuntik semangat mereka untuk bergiat dalam bidang keusahawanan, disamping meningkatkan taraf kehidupan mereka sekalipun mempunyai pencen. 

Kesimpulannya, veteran tentera sendiri yang perlu bijak serta pantas mengintai peluang, merebut segala inisiatif yang disediakan Kerajaan dan memanfaatkan ia dengan sebaiknya. Joran dan umpan sudah disediakan, ayuhlah veteran kita bangkit depani cabaran hari ini.  

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa