Siakap Keli
program inspire oku aktif @ hujung minggu 2024

KBS Anjur Program Inspire OKU Aktif @ Hujung Minggu 2024

KBS Anjur Program Inspire OKU Aktif @ Hujung Minggu 2024

1.Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh yang diwakili oleh Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah hadir menyempurnakan pelancaran Program Inspire OKU Aktif @ Hujung Minggu 2024 bertempat di Dataran DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, hari ini.

2.Program ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan hasrat membudayakan sukan dan amalan gaya hidup aktif dalam kalanga masyarakat khususnya golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

3.Program rintis ini melibatkan sejumlah 17 lokasi di seluruh negara dan dijalankan secara percuma pada hujung minggu. Terdapat 10 siri aktiviti kecergasan bagi setiap lokasi bermula bulan Mei hingga Ogos 2024 (jadual dan lokasi seperti di LAMPIRAN A).

4.Dengan pengisian aktiviti kecergasan seperti senamrobik, zumba, sukaneka, berjalan kaki, dan seumpamanya, objektif program adalah seperti berikut:
4.1 menggalakkan gaya hidup aktif, sihat dan cergas dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan OKU;
4.2 memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi Kerajaan dan swasta seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan Negeri, Sekolah Pendidikan Khas, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan sukan dan persatuan penduduk;
4.3 mempromosikan inklusiviti dalam aktiviti sukan dengan melibatkan masyarakat bersama-sama dengan golongan OKU bagi menggalakkan pembudayaan sukan dalam kehidupan seharian; dan
4.4 menyediakan sistem sokongan bagi persekitaran sosial yang sihat dan selamat kepada golongan OKU seterusnya menikmati kesamarataan dalam program sukan yang dianjurkan oleh KBS.

program inspire oku aktif @ hujung minggu 2024

program inspire oku aktif @ hujung minggu 2024

5.Penganjuran program juga akan menyumbang kepada pemerkasaan pembangunan sukan untuk semua seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030).

6.Majlis pelancaran turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) JBSN, Encik Abd Aziz Abd Rahman dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Mohd Nizam Ismail.

7.Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berhubung penganjuran program ini, sila hubungi JBSN melalui talian 03-8871 3102 atau e-mel [email protected].

Nurul Naqiyah