Siakap Keli
Wanita Maut Kabel mikrofon
Gambar: Okezone.news

Wanita Ditemui Maut Dijerut Kabel Mikrofon

Wanita Ditemui Maut Dijerut Kabel Mikrofon

JAWA TENGAH — Seorang wanita ditemui maut dengan kesan leher dijerut kabel mikrofon di dalam rumahnya di Wonogiri II Kelapa 7, semalam, lapor Okezone news.

Difahamkan, jasad wanita itu ditemukan oleh suaminya yang juga seorang buruh binaan ketika baru pulang dari kerja.

Ketua Polis Bandaraya Kotabumi, Inspektor Kolin Jamhari Juhdi berkata pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat tersebut.

Siasatan ke atas mangsa berusia 58 tahun itu mendapati barangan perhiasan yang dipakai telah hilang dan mangsa berkemungkinan dibunuh.

“Ketika ditemui, barang perhiasan yang ada pada mangsa telah hilang.

“Berdasarkan kesannya yang terjerut pada kabel ketika ditemui, mangsa disyaki dibunuh dengan sengaja,” ujarnya.

Mayat wanita itu kini telah dibawa ke Rumah Rakit Umum Ryacudu (RSUD) Kotabumi untuk proses bedah siasat. Katanya lagi, kes itu kini masih dalam siasatan pihak polis.

“Kami sedang melakukan siasatan lebih lanjut berhubung kejadian ini, ” maklum Jamhari.

BACA: Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

Kanak-kanak Tiga Tahun Maut Dikelar Bapa Ketika Tidur

Terdahulu, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dikelar bapa kandung sendiri sewaktu sedang nyenyak tidur dalam satu kejadian di sebuah rumah yang terletak di kota Serang, Baten, Indonesia lima hari lalu, lapor Kompas.com

Ketua Polis Daerah Ciomas, Inspektor Fridy Romadhan Panca Rizky mengesahkan perkara itu dan berkata mangsa dipercayai meninggal dunia di dalam bilik tidur awal pagi.

Ketika kejadian, mangsa sedang nyenyak tidur di dalam bilik bersama pelaku dan ibunya.

“Tiba-tiba pelaku (bapa kandung) menetak leher mangsa yang masih tidur,” katanya.

Ibu mangsa menyedari kejadian selepas terdapat darah yang memercik ke atasnya ketika tidur sebelum melihat mangsa telah berlumuran darah.

Dia kemudiannya terus membawa mangsa ke Pusat Kesihatan Ciomas untuk mendapatkan rawatan namun mangsa disahkan telah meninggal dunia.

“Ibu mangsa tersedar kerana berlumuran darah. Tidak ada (bergaduh), tiba-tiba (membunuh).

“Mangsa dibawa ke Pusat Kesihatan Komuniti sekitar jam 4 pagi, namun dia sudah pun meninggal dunia,” ujarnya.

Sumber: Okezone.news

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"