Siakap Keli
anak shila amzah autisme
Sumber: Shila Amzah via Instagram

Anak Sulung Shila Amzah, Seth Uwais Didiagnosis Autisme Tahap Satu

Anak Sulung Shila Amzah, Seth Uwais Autisme Tahap Satu

Penyanyi, Shila Amzah, dengan penuh tabah berkongsi bahawa anak sulungnya, Seth Uwais, 5, didiagnosis dengan autisme tahap satu.

Berita itu dikongsikan sendiri secara peribadi oleh Shila menerusi satu hantaran video di laman Instagramnya, sejurus selepas pemeriksaan di hospital.

Menurut Shila, dirinya sudah lama merasakan ada sesuatu yang berbeza dengan Seth, sama ada autisme atau Gangguan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD).

“Seth telah didiagnosis dengan autisme tahap satu.

“Doktor menyarankan Seth menjalani terapi dan dihantar ke sekolah khusus untuk kanak-kanak autisme.

“Apabila diagnosis telah disahkan, lebih mudah bagi kita untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan selepas ini.

“Doakan Seth dapat membesar dan belajar dengan baik. Doakan kami juga sebagai ibu bapa agar dapat menjaga dan mendidik dia dengan baik,” ujar Shila.

Seth merupakan anak sulung hasil perkahwinan Shila dengan Haris Edraki pada tahun 2018, namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada tahun 2022.

Shila kemudian berkahwin dengan pempengaruh media sosial, Ubai, pada 5 Ogos tahun lalu. Mereka baru sahaja dikurniakan seorang anak perempuan, Rhea Akira, pada 9 Mei lalu.

BACA: JAIS Sudah Arah Tangguh Semua Program Ceramah Agama Ustaz Don Di Negeri Selangor

Sumber: Shila Amzah via Instagram

Sharifah Hannah Adibah