Siakap Keli
pemilik rumah biru berpindah
Gambar: Shafiq Abdullah

Pemilik Rumah Biru Umum Berpindah, Beri Laluan Untuk Projek Pembongkaran Semua Palong

Pemilik Rumah Biru Umum Berpindah, Beri Laluan Untuk Projek Pembongkaran Semua Palong

Kampung Baru yang terletak di ibu kota, Kuala Lumpur menjadi antara lokasi paling popular dan dikenali oleh rakyat Malaysia.

Walaupun dikelilingi hutan konkrit dan pencakar langit, kampung ini masih mengekalkan keunikan dan keaslian seni bina rumah tradisional Melayu yang asal.

Dalam banyak-banyak rumah yang ada di Kampung Baru, yang paling terkenal tentunya sebuah rumah yang dikenali sebagai Rumah Biru dalam kalangan penduduk tempatan.

Selain menjadi warisan negara yang mahu dipertahankan, rumah berkenaan merupakan antara lokasi penggambaran kegemaran dalam kalangan pembikin filem tempatan.

Paling diingati tentunya kemunculan Rumah Biru menerusi filem Adnan Sempit dan Abang Long Fadil.

Pemilik ‘Rumah Biru’ telah meninggalkan kediaman atas beberapa faktor

Bagaimanapun, pemilik rumah berkenaan, Shafiq Abdullah menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan dia dan ahli keluarganya akan berpindah keluar daripada rumah tersebut.

Keputusan itu diambil bagi memberi laluan kepada pelaksanaan projek pembongkaran semula palong yang ditanam di bawah tanah rumah tersebut.

Tambahnya, Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur akan mengambil masa kira-kira empat tahun bagi menyiapkan projek berkenaan.

“Kampungku Kampung Baru, Kuala Lumpur di Jalan Salleh. Kini telah berakhir menetap di sini dari tahun 1984 hingga 31 Mei 2024.

Pemilik rumah juga berharap dapat pulang semula ke tanah ini

“Maka dengan ini, secara rasmi kami semua telah keluar dari Rumah Biru untuk tempoh tiga atau empat tahun, dengan harapan selepas ini, kami pulang semula ke tanah kami ini,” ujarnya.

Menerusi hantaran lagi, Shafiq Abdullah turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat rumah itu yang sering menjadi perhatian sebagai lokasi untuk bergambar.

“Jutaan terima kasih kepada semua pegunjung yang hadir secara rasmi mahu pun tidak ke rumah kami untuk bergambar.

“Mohon maaf salah silap kami sepanjang tempoh tersebut,” katanya.

Menjadi kenangan pada setiap orang yang pernah datang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut menzahirkan rasa sedih di atas keputusan berkenaan.

Dalam masa yang sama, terdapat segelintir wargamaya mencadangkan supaya binaannya dicabut dan dipasang semula apabila dia dan keluarga kembali ke situ pada masa akan datang.

BACA: Dua Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Melakukan Jenayah

BACA: Kerajaan Negeri Selangor Setuju Buka Peluang Orang Ramai Bantu Kelab Bayar Denda MFL

BACA: Setiap Hari, 10 Kanak-Kanak Kudung Kaki Di Gaza – UNRWA

Sumber: Shafiq Abdullah via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.