Siakap Keli
Sultan Selangor Bersetuju Buka
Kredit: Bernama

Kerajaan Negeri Selangor Setuju Buka Peluang Orang Ramai Bantu Kelab Bayar Denda MFL

Kerajaan Negeri Selangor Setuju Buka Peluang Orang Ramai Bantu Kelab Bayar Denda MFL

Kerajaan Selangor dilapor bersetuju untuk melancarkan usaha sama bagi membuka peluang kepada semua pihak terutamanya kepada para peminat Selangor FC bagi mengumpul dana untuk membayar denda dikenakan MFL.

Perkaran berkenaan dimaklumkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari melalui satu kenyataan media yang dimuat naik di platform X rasminya hari ini.

Menurut Amirudin, keputusan itu diambil selepas beliau berbincang dengan Exco Sukan Kerajaan Negeri.

“Maklumat lanjut usaha ini akan dikongsikan dalam masa terdekat oleh pihak Majlis Sukan Negeri Selangor dan Exco Sukan Negeri,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau selaku Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan turut menyumbang kepada usaha mengumpul dana dan membayar denda bagi menggerakkan usaha solidariti ini.

Difahamkan, usaha solidariti berkenaan akan dimulakan pada minggu hadapan sebagai komitmen untuk menegakkan keadilan bagi Selangor FC.

Junjung kasih titah Sultan Selangor

Amirudin juga berkata, beliau yang mewakili Kerajaan Negeri turut menjunjung kasih titah Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj menzahirkan rasa murka dengan keputusan yang dibuat oleh MFL dan FAM.

“Titah murka Tuanku Sultan Selangor turut menggambarkan kemarahan serta kekecewaan peminat bola sepak terhadap keputusan MFL yang seolah-olah hilang sifat kemanusiaan, bertimbang rasa, serta melampui batas.

“Keganasan jenayah yang berlaku terhadap tonggak bola sepak negeri Saudara Faisal Halim merupakan satu titik hitam dalam sejarah bola sepak tanahair,” katanya.

Tambah Amirudin lagi, MFL selaku badan mentadbir liga bola sepak sewajarnya memainkan peranan mengangkat keadilan, menentang keganasan serta bersifat empati terhadap nasib dan keselamatan pemain bola sepak negara yang diperlakukan dengan kejam oleh pihak tidak berhati perut yang bertindak sebagai pengecut.

Hukuman diberi adalah tindakan yang tidak pernah berlaku

“Titah Tuanku Sultan Selangor dizahirkan setelah tindakan MFL yang bukan sahaja mengenakan denda RM100,000 kepada pasukan Selangor FC, tetapi menambah hukuman dengan memaksa perlawanan di Selangor dimainkan tanpa penonton

“Tambahan kepada itu, MFL bertindak menambah beban Selangor FC dengan mengenakan denda pemotongan tiga mata pada masa pasukan JDT sudah menerima kemenangan percuma dalam Piala Sumbangsih.

Menurut kenyataan lagi, tindakan yang tidak pernah berlaku ataupun ‘unprecedented’ ini yang mengundang rasa kemarahan dan kekecewaan dalam kalangan para penyokong.

“Justeru, perkara ini seharusnya menjadi isyarat kepada MFL bahawa keputusan mereka dibuat tanpa sebarang rasa tanggungjawab,” katanya.

BACA: Sultan Selangor Murka Keputusan MFL, Dianggap Tidak Berperikemanusiaan

Sumber: @AmirudinShari via X

Athirah

When nothing goes right, go left.