Siakap Keli
pengarah indonesia arah nobody
Gambar: IG Timo Tjahjanto, Nobody

Pengarah Terkenal Indonesia, Timo Tjahjanto Bakal Arah Filem Nobody 2

Pengarah Terkenal Indonesia, Timo Tjahjanto Bakal Arah Filem Nobody 2

Pengarah filem terkenal berasal dari Indonesia, Timo Tjahjanto dilapor bakal mengarahkan filem sekual bergenre aksi thriller, Nobody 2, lapor Variety.

Menurut portal berita berkenaan, Tjahjanto sebelum ini pernah mengarahkan beberapa filem antaranya The Night Comes for Us dan May the Devil Take You.

Selain itu, pengarah tersebut turut dikenali menerusi karya bergenre seram thriller seperti V/H/S/2 dan V/H/S/94.

Pengarah asal Indonesia bakal arah filem Nobody 2

Dalam pada itu, Universal Pictures mendedahkan Nobody 2 akan memulakan penggambaran pada Ogos ini dan filem berkenaan dijangka akan ditayangkan pada Ogos 2025.

Sekual itu juga akan mengekalkan tunjang utama, Bob Odenkirk yang membawa watak sebagai Hutch Mansell manakala Connie Nielsen akan kembali membawa watak Becca Mansell.

Bagaimanapun, nama-nama yang akan menjayakan watak-watak lain belum diumumkan setakat ini.

BACA: Ini Maksud Nombor Pada Bungkusan Daging Kerbau Sejuk Beku Ramai Tak Tahu

Skrip sekuel berkenaan akan digarap oleh Derek Kolstad (John Wick, Nobody), Aaron Rabin (Jack Ryan), Odenkirk dan Umair Aleem (Kate).

Nobody berkisar tentang kehidupan seorang pembunuh upahan

Perjalanan cerita filem ini bermula apabila identiti sebenar Hutch Mansell, seorang pembunuh upahan terbongkar selepas rumahnya dipecah masuk oleh perompak.

Sejak identiti sebenarnya terbongkar, kehidupan Hutch Mansell yang dikenali sebagai seorang berperwatakan family man berubah dan mendapati dirinya terperangkap dalam ‘peperangan’ dengan sebuah kumpulan jenayah Rusia.

Filem berkenaan juga dikatakan mempunyai vibes seperti menonton filem aksi thriller terkenal, John Wick yang dilakonkan oleh Keaneu Reeves.

BACA: Arca Buddha Di Bukit Choras Lebih Tua Daripada Angkor Wat

Sumber: Variety, Deadline

Athirah

When nothing goes right, go left.