Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Baru Tahu
Kredit: Penjual Daging Baraqah Maju via Facebook
Tiada Kategori

Ini Maksud Nombor Pada Bungkusan Daging Kerbau Sejuk Beku Ramai Tak Tahu

Athirah

Ini Maksud Nombor Pada Bungkusan Daging Kerbau Sejuk Beku Ramai Tak Tahu

Daging sejuk beku adalah antara pilihan daging yang ditawarkan dalam pasaran Malaysia. Terdapat pelbagai jenis daging mentah yang dijual secara sejuk beku, namun yang paling popular tentunya daging kerbau dan lembu.

Pilihan daging sejuk beku ini pula boleh ditemui di jual di hampir semua pasaraya yang ada di negara ini dan harganya lebih murah berbanding daging segar.

Bagi anda yang pernah membeli daging kerbau sejuk beku, anda pasti pernah melihat kod nombor yang terletak di plastik bungkusan daging.

Jadi, kali ini kami di SK ingin berkongsi dengan anda semua mengenai maksud disebalik kod pada plastik.

Ini maksud 12 kod nombor pada setiap bungkusan daging kerbau sejuk beku

Menerusi hantaran di Facebook (Penjual Daging Baraqah Maju), pihaknya menjelaskan kod-kod yang ada pada bungkusan daging kerbau sejuk beku dan kesesuaian untuk masakan-masakan tertentu.

Hal ini kerana bagi mengelakkan para pembeli tersalah pilih bahagian dan kod nombor diletakkan bagi memudahkan mereka.

Kod 11 bermaksud bahagian daging bawah perut dan kurang lemak serta urat. Bahagian ini sesuai untuk masakan kari/gulai, rebus/singgang ataupun masak kicap.

Bagi anda yang menyukai bahagian batang pinang, anda boleh memilih kod 31 kerana dagingnya paling lembut dan tiada lemak. Bahagian daging ini sesuai dijadikan daging sate, stik, goreng dan bakar.

Dalam pada itu, kod 41 pula bermaksud bahagian daging dalam paha belakang dan ia merupakan jenis isi daging pejal dan halus. Daging kerbau beku kod ini sedap dimasak sebagai sup, rendang, kari dan gulai.

Ini maksud nombor pada bungkusan

Menurut hantaran lagi, kod 42 adalah daging dalam bahagian paha belakang dan ia agak pejal dan sedikit liat. Sama seperti bahagian daging kod 41 dan kod 11, ia sedap dimasak sebagai rendang, kari, rebus dan singgang.

Manakala, kod 44 merupakan bahagian paha belakang, berotot dan mempunyai daging yang sedikit liat. Jadi, ia sedap dimasak sebagai beriani, kurma, kari ataupun rendang.

Kod 46 sama seperti kod 31 iaitu bahagian daging batang pinang tetapi ia mempunyai isi lembut dan berlemak. Walau bagaimanapun, ia hanya sesuai dijadikan sate, bakar dan goreng.

Lanjutan daripada itu, kod 61 adalah daging bahagian bawah dada, namun ia mempunyai daging yang sedikit pejal dan liat. Daging kerbau beku kod ini sedap dimasak sebagai sup, daging salai, rebus dan singgang.

Kod 66 sesuai dijadikan sebagai masakan dalca atau gulai kawah

Sekiranya anda suka daging yang sedikit tebal dan lembut, anda boleh memilih daging bahagian bahu sehingga paha depan iaitu kod 64. Bahagian ini sesuai dimasak sebagai sup, rendang, beriani dan kurma.

Kod 65 pula merupakan bahagian bahu depan dan berserat kasar. Daging bahagian ini sesuai untuk dimasak sebagai sup, rendang, kari serta gulai.

Jika anda ingin memasak dalca atau gulai kawah, anda boleh memilih kod 66 kerana ia mempunyai daging cincang dan campur. Isinya berlemak dan berurat sesuai untuk kedua-dua jenis masakan ini.

Akhir sekali, kod 67 adalah daging bahagian leher sehingga rusuk, malah memiliki isi yang pejal dan lembut. Bahagian daging ini sedap dimasak sebagai sate, bakar, beriani dan kurma.

BACA: Kenapa Lori Tangki Minyak Selalu Berbentuk Silinder? Bukan Saja-saja, Ini Sebabnya

Sumber: Penjual Daging Baraqah Maju via Facebook