Siakap Keli
jaecoo pengedar taraf 3s lembah klang

JAECOO Lancar Pengedar Taraf 3S Pertama Di Lembah Klang

JAECOO Lancar Pengedar Taraf 3S Pertama Di Lembah Klang

JAECOO Malaysia sedang melangkah maju kehadapan dengan kadar pantas dalam usaha mewujudkan ekosistem yang mantap dalam negara menerusi pelancaran rasmi pusat pengedaran pertamanya di Lembah Klang yang terletak di Glenmarie, Shah Alam.

Pusat 3S ini, yang dikendalikan oleh ES Premium Holdings Sdn Bhd, menampakkan hala tuju JAECOO dalam memperkenalkan pengalaman pemilikan premiumnya yang tersendiri buat pelanggan sebagai jenama pencabar dalam segmen SUV kegunaan lasak premium. Ini merupakan pelancaran pengedar sah JAECOO yang pertama yang akan diikuti oleh pelancaran rasmi 34 pusat pengedaran lagi dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Kami amat teruja untuk melancarkan pusat pengedaran bertaraf 3S pertama kami di Glenmarie Autocity. Inilah bukti ketersediaan jenama JAECOO dalam memenuhi permintaan para pelanggan di Malaysia. Kami sudah melabur untuk memperkukuhkan rangkaian kami di seluruh negara bagi tujuan menawarkan pengalaman pemilikan premium buat hari ini dan untuk masa hadapan.

Pelaburan dalam pusat pengedaran perintis ini di Glenmarie, yang bernilai RM5.5 juta, merupakan petunjuk jelas akan komitmen kami untuk mengembangkan pasaran SUV kegunaan lasak premium untuk jangka panjang,” kata said Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek.

jaecoo pengedar taraf 3s lembah klang
Pengedar 3S utama, yang dikendalikan oleh ES Premium Holdings Sdn Bhd, membuka jalan untuk JAECOO, jenama SUV off-road premium yang mencabar, untuk memperkenalkan pengalaman pemilikan premium yang berbeza kepada pelanggan berpotensi. (Dari kiri) 1. Emily Lek, Naib Presiden JAECOO Malaysia, 2. Cheng NW, Naib Presiden Chery Corp Malaysia, 3. Dato’ Sri Sunny Ung, Penasihat Syarikat ES Premium Holdings, 4. Leo Chen, Naib Presiden Eksekutif Chery Corp Malaysia, 5. Fanny Yap, Pengarah Urusan ES Premium Holdings, 6. KS Yap, Pengarah ES Premium Holdings, 7. Nicholas Kho, Ketua Pembangunan Perniagaan ES Premium Holdings, 8. Andrie Ung, Pengarah ES Premium Holdings, 9. Vincent Bian, Pengarah Negara JAECOO Malaysia, 10. Soon Boon Ping, Pengarah Pembangunan Rangkaian Chery Auto Malaysia

Saiz binaan pusat pengedaran JAECOO Glenmarie bertaraf 3S ini merupakan 23,000 kaki persegi manakala keluasan tanah adalah 40,000 kaki persegi. Pusat 3S ini merangkumi fungsi jualan, perkhidmatan selepas jualan serta simpanan stok alat ganti di bawah satu bumbung.

Sejurus melangkah masuk ke dalam pusat ini, pelanggan akan disambut oleh laluan Super Walkway yang luas bermula dari tingkat bawah ke tingkat satu yang mampu mempamerkan sehingga tujuh model.

Antara ciri-ciri menarik di pusat ini merangkumi penggunaan paparan LED interaktif yang membolehkan para pelanggan mengimbas spesifikasi setiap model kenderaan secara santai. Pengalaman ini dilengkapi dengan kehadiran penasihat jualan yang terlatih secara profesional untuk menjawab sebarang pertanyaan daripada pelanggan dan mengatur sesi pandu uji.

Pada masa ini, model yang dipamerkan adalah model JAECOO J7 dan pelanggan boleh meneroka dua varian model ini iaitu pacuan semua roda (AWD) dan pacuan dua roda (2WD).

“Kami berasa cukup bangga menjadi sebahagian daripada rangkaian pengedar JAECOO Malaysia dan bersedia merealisasikan pengalaman premium yang dibayangkan oleh JAECOO dan yang diharapkan oleh pelanggan. Kami berazam mempertingkatkan pengalaman penerokaan para pelanggan dengan penyepaduan digital, serta perkhidmatan yang diperibadikan oleh penasihat jualan dan perkhidmatan kami yang berkebolehan,” kata Pengarah Urusan ES Premium Sdn Bhd, Fanny Yap.

Dengan jangkauan purata kira-kira 300 pelawat sebulan, pusat pengedaran ini tersedia dengan fasiliti seperti ruang istirahat pelanggan yang selesa serta lengkap dengan ruang khusus untuk menikmati kopi atau teh, sambungan internet berkelajuan tinggi dan surau. Satu lagi kemudahan menarik di pusat ini ialah ruang penyerahan kenderaan baru yang direka bentuk seiring dengan ‘DNA’ jenama JAECOO iaitu ‘Daripada Klasik, Melangkaui Klasik’ (‘From Classic, Beyond Classic’).

jaecoo pengedar taraf 3s lembah klang
Dijangka purata 300 pengunjung sebulan, JAECOO 3S Dealership di Glenmarie telah mengintegrasikan keselesaan seperti ruang rehat pelanggan yang selesa lengkap dengan bar kopi dan teh khas, sambungan internet berkelajuan tinggi, dan bilik sembahyang

Perkhidmatan selepas jualan adalah antara elemen penting di pusat pengedaran JAECOO 3S oleh ES Premium di Glenmarie. Pelanggan boleh mengharapkan pengalaman selepas jualan lancar yang diselaraskan oleh pengurus perkhidmatan yang ditugaskan khas buat setiap pelanggan.

Tambahan lagi, rantaian bekalan jenama ini terjamin kerana disokong oleh gudang alat ganti khusus yang lengkap serta penggunaan alat ganti tulen jenama JAECOO. Ini terus memberi ketenangan minda bagi setiap pemilik kenderaan JAECOO.

Bahagian selepas jualan pusat ini mempunyai kapasiti menyelenggara lebih daripada 500 kenderaan sebulan. Ruang servis pusat ini dikendalikan oleh juruteknik terlatih serta lengkap dengan alatan serba canggih termasuk lif dua tiang dan lif gunting dan. Ia juga menampilkan ruang servis Kenderaan Elektrik (EV) yang menampilkan ketersediaan rangkaian JAECOO untuk mengurus rangkaian kenderaan elektriknya dalam masa terdekat.

Rangkaian perkhidmatan JAECOO bakal merangkumi kira-kira 180 ruang servis di seluruh negara sejurus pelancaran rasmi kesemua 35 pengedar sah JAECOO selesai. Rangkaian pengedar JAECOO Malaysia disokong oleh gudang alat ganti kereta khusus dan kilang pemasangan di Shah Alam yang dilancarkan baru-baru ini. 

Pelancaran JAECOO 3S Dealership di Glenmarie akan diikuti oleh pelancaran SUV kegunaan lasak premium J7 yang akan diraikan selama tiga hari, dari 19 Julai hingga 21 Julai. J7 akan menjadi model pertama yang dipasang secara tempatan di Malaysia dan rauntau ASEAN.

Pusat Pengedaran JAECOO 3S Glenmarie terletak di No. 2D, Jalan Pelukis U1/46, Temasya Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor. Untuk butiran lanjut berkaitan pusat pengedaran perintis JAECOO Malaysia, layari www.jaecoo.com.my dan ikuti sebarang perkembangan terbaru di landasan media sosial JAECOO Malaysia.

Nurul Naqiyah