Siakap Keli
lelaki bunuh jiran mandul
Gambar: Kompas,com

Lelaki Bunuh Jiran, Tak Tahan Diejek Mandul

Lelaki Bunuh Jiran, Tak Tahan Diejek Mandul

LAMPUNG — Gara-gara tidak tahan diejek mandul, seorang lelaki nekad membunuh jiran dalam satu kejadian di Lampung Utara, Indonesia pada Ahad lalu, lapor Kompas.com.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lampung Utara, Inspektor Stefanus Boyoh berkata, suspek, 30, mengakui perbuatan itu kerana sakit hati diejek mandul oleh mangsa, 55.

Siasatan awal mendapati suspek berusaha mengelirukan kes pembunuhan itu seperti bermotifkan kes rompakan.

Maklum Stefanus, sewaktu kejadian, suspek telah berpura-pura berkunjung ke pintu belakang rumah mangsa yang berjarak 50 meter dari rumah untuk meminjam pam angin.

“Mangsa yang tidak mengetahui niat suspek telah membuka pintu rumah.

“Suspek kemudian bertindak menyerang mangsa dan mengambil tali kabel mikrofon lalu mencekik mangsa hingga maut,” katanya.

Difahamkan, keadaan di sekitar rumah agak lengang ketika kejadian. Suspek kemudian menyembunyikan jasadnya di sebuah ruang solat berhampiran dapur dan menutupi mangsa dengan pengesat kaki.

Suspek turut membuat keadaan rumah berselerakan agar terlihat seperti mangsa dirompak.

“Suspek mengambil dompet, barangan kemas, wang berjumlah RM258 (Rp900,000) di dalam laci almari, seperti berlaku kes rompakan.

“Suspek kemudian menaburkan wang itu dihalaman rumah mangsa,” katanya.

BACA: Ini Senarai Baju Kontinjen Negara Lain Ke Olimpik Paris 2024

Kanak-kanak Tiga Tahun Maut Dikelar Bapa Ketika Tidur

Terdahulu, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dikelar bapa kandung sendiri sewaktu sedang nyenyak tidur dalam satu kejadian di sebuah rumah yang terletak di kota Serang, Baten, Indonesia, lapor Kompas.com.

Ketua Polis Daerah Ciomas, Inspektor Fridy Romadhan Panca Rizky mengesahkan perkara itu dan berkata mangsa dipercayai meninggal dunia di dalam bilik tidur awal pagi.

Ketika kejadian, mangsa sedang nyenyak tidur di dalam bilik bersama pelaku dan ibunya.

“Tiba-tiba pelaku (bapa kandung) menetak leher mangsa yang masih tidur,” katanya.

Sumber: Kompas.com

BACA JUGA: Cubaan Curi Kabel Gagal, Lelaki Maut Jatuh Dari Tingkat 23

BACA JUGA: Mayat Mangsa Bot Terbalik Di Pulau Indah Ditemukan

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"