Siakap Keli
baju olimpik negara
Gambar: Ralph Lauren, Lululemon, Asics, Maeil Business Newspaper

Ini Koleksi Baju Kontinjen Negara Lain Ke Olimpik Paris 2024

Ini Koleksi Baju Kontinjen Negara Lain Ke Olimpik Paris 2024

Seperti yang diketahui, Temasya Sukan Olimpik merupakan salah satu temasya sukan teragung dan paling berprestij selain Kej0hanan Bolasepak Piala Dunia.

Uniknya, temasya ini diadakan empat kali setahun, dengan menampilkan pelbagai sukan dan atlet-atlet bintang dari seluruh dunia bagi merebut pingat emas.

Tahun ini (2024) sukan Olimpik dilangsungkan di bumi Paris, sebagai tuan rumah untuk temasya kali ini. Temasya ini bakal diadakan bermula 26 Julai 2024 hingga 11 Ogos 2024.

Oleh itu, kebanyakan negara telah membuat persiapan termasuk baju yang bakal dipakai oleh kontinjen-kontinjen setiap negara.

Lanjutan itu, SK hari ini akan berkongsikan antara baju kontinjen dari setiap negara yang bertanding dalam temasya berprestij ini di bawah.

Perancis (Tuan Rumah)

Menurut Vogue Business, tuan rumah, Perancis bakal memakai pakaian rasmi yang telah direka khas oleh Stephen Ashpool, pengasas pakaian jenama Pigalle dengan kerjasama jenama pakaian sukan, Le Coq Sportif.

baju olimpik negara
Gambar: Stéphane Ashpool
Gambar: Stéphane Ashpool

Pakaian ini menggunakan konsep warna bendera kebangsaan Perancis iaitu biru, putih dan merah.

Difahamkan, kira-kira 560 atlet dan 280 altet paralimpik termasuk 2,400 jurulatih akan memakai pakaian ini sepanjang temasya berlangsung.

BACA: Majikan Lebih Suka Graduan Kemahiran, Kebolehpasaran Lebih Tinggi Dari Lepasan Universiti?

Thailand

baju olimpik negara
Gambar: Grand Sport Group Co Ltd

Menurut The Nation, dengan menggunakan slogan “Be Our Spirit” pakaian rasmi kontinjen Thailand direka oleh syarikat Grand Sport Group Co Ltd.

Tema dengan corak pakaian ini diilhamkan oleh teknik yang digunakan komuniti Ban Chiang di daerah Nong Han di Udon Thani, iaitu untuk mempromosikan kawasan itu sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO termasuk kepentingan budaya dan sejarahnya pada tahun 1992.

Uniknya, baju ini menggunakan bahan kitar semula iaitu botol plastik selaras dengan prinsip Sukan Olimpik Paris, ‘Kelestarian’.

Gambar: Grand Sport Group Co Ltd
baju olimpik negara
Gambar: Grand Sport Group Co Ltd

Filipina

Gambar: When In Manila

Bersempena dengan 100 kali penyertaan Filipina dalam temasya Sukan Olimpik kali ini, Adidas menjadi penaja kepada pakaian kontinjen negara itu hasil kerjasama Jawatankuasa Olimpik Filipina (POC).

BACA JUGA: Arda Guler, Lamine Yamal, Ini Senarai “Star Boy” Yang Menyerlah Dalam Kejohanan Euro 2024

baju olimpik negara
Gambar: When In Manila

Rekaan baju itu diilhamkan menerusi semangat Filipina, menampilkan corak garisan berulang dengan pop warna, melambangkan keazaman (semangat atlet dalam permainan).

Jepun 

Gambar: Asics

Pada temasya kali ini, kontinjen Jepun bakal mengenakan pakaian serba terang yang dihasilkan oleh pengeluar barangan sukan utama Asics Corp.

Warna pakaian seragam itu diilhamkan oleh Paris Sunrise, menyatakan kekuatan dan kehangatan langit mengambil cahaya pagi.

Menurut penaja, pakaian ini 34 peratus diperbuat daripada bahan kitar semula. Bukan sahaja jenis breathable, ia juga mengekalkan haba sesuai dengan cuaca di Paris.

Korea Selatan

baju olimpik negara
Gambar: Maeil Business Newspaper

Bagi Korea Selatan pula, Yeongwon Outdoor North Face atau The North Face menjadi rakan kongsi kepada Jawatankuasa Olimpik Korea Selatan dalam menyediakan pakaian rasmi kontinjennya.

Pakaian seragam rasmi ini dipilih berdasarkan motif “Gamgwa” yang bermaksud air, Ying dan Yang (berwarna biru merah) dengan corak Taegeuk dan tulisan pasukan itu dan warna putih sebagai warna latar.

Gambar: Maeil Business Newspaper

Selain itu, ia memberikan kesesuaian yang menyenangkan walaupun pada musim panas dengan mengekalkan rasa sejuk, kalis air dan ringan, lapor Maeil Business Newspaper.

Seragam rasmi kontinjen Korea secara asasnya menggunakan sejumlah besar bahan kitar semula sambil menggabungkan pengetahuan teknikal dan gaya unik untuk produk North Face.

Yeongwon Outdoor North Face menjadi penaja paling lama untuk negara itu sejak Sukan Asia di Incheon 2014.

Kanada 

Gambar: Lululemon

Lululemon sekali lagi menjadi penaja buat temasya Olimpik buat Kanada pada kali ini, dengan pakaian sebelum ini mendapat sambutan hangat, lapor Toronto Star.

Pada temasya di City of Light kali ini, Lululemon memperkenalkan pakaian seragam dalam pelbagai kategori, acara pembukaan, podium, media, dan acara penutup.

Setiap daripadanya mempunyai elemen berbeza yang telah diterapkan.

BACA JUGA: Terumbu Karang Haiwan Atau Tumbuhan? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

Acara pembukaan

baju olimpik negara
Gambar: Lululemon

Elemen yang digunakan dalam seragam ini adalah warna “merah patriotik” dengan menggunakan fabrik jacquard. Manakala corak toile mewakili semua bahagian negara “dari pantai ke pantai” termasuk unsur-unsur “alam, flora dan fauna serta seni bina.”

Podium

Bagi seragam podium pula bersifat dinamik, dengan daun maple merah dan latar belakang putih.

Gambar: Lululemon

Media

Untuk temu bual media, para atlet meminta warna yang lebih tenang iaitu seakan kuning air, dengan gaya blouson dengan jaket lutsinar.

Acara penutup

Gambar: Lululemon

Bagi acara penutup pula, menggunakan elemen kegembiraan (ceria) dan iluminasi.  Warna merahnya lebih pekat dengan cetakan adalah kerjasama artis Mason Mashon dari Saddle Lake Cree Nation, duta Lululemon.

Bukan itu, sahaja, coraknya juga mewakili pencahayaan dalam alam semula jadi, seperti fotografi aurora borealis

Amerika Syarikat (USA)

baju olimpik negara
Gambar: Ralph Lauren

Sementara itu, Amerika Syarikat pula bekerjasama dengan Ralph Lauren sebagai penaja pakaian seragam majlis pembukaan dan penutup pasukan itu.

Menurut The Independent, tahun ini menjadi tahun ke-9 Ralph Lauren sebagai penaja pakaian rasmi pasukan Amerika.

Bagi pakaian majlis pembukaan telah disesuaikan dengan ensembel klasik. Yang mana ia menampilkan blazer berwarna biru laut dengan hujung merah dan putih serta kemeja oxford berjalur. Ia juga dipadankan dengan seluar jeans denim dan kasut suede buck.

Sementara itu, pakaian seragam untuk majlis penutup pula  menampilkan gaya yang lebih sporty. Pakaiannya tak ubah seperti jaket motor berwarna putih tertera nama “USA” dan logo polo di atasnya, bersama seluar jeans denim putih.

Sumber: Vogue Business,Toronto Star, The Independent, Asics Corp, Stadium Astro

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"