Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
star boy euro 2024
Gambar: AFP

Arda Guler, Lamine Yamal, Ini Senarai “Star Boy” Yang Menyerlah Dalam Kejohanan Euro 2024

Iqbal Yasir

Arda Guler, Lamine Yamal, Ini Senarai “Star Boy” Yang Menyerlah Dalam Kejohanan Euro 2024

Euro 2024 di Jerman kali ini berkemungkinan menjadi medan terakhir buat beberapa pemain senior seperti Tony Kroos, Cristiano Ronaldo, Pepe dan lain membela pasukan kebangsaan mereka.

Dalam masa yang sama, di sinilah peluang terbaik untuk bakat-bakat muda memukau seluruh mata peminat bola sepak sekali gus memancing kelab-kelab gergasi Eropah dalam menjamin karier mereka.

Sehubungan itu, mari kita lihat nama-nama yang bakal menyinari dalam kejohanan kali ini di bawah.

Jamal Musiala

star boy euro 2024
Gambar: AFP

Dalam perlawanan pertama kumpulan A, Jamal Musiala menampilkan persembahan yang menyakinkan dalam membantu tuan rumah Jerman menang 5-1 ke atas Scotland.

Bintang Bayern Munich itu turut menjadi tulang belakang pasukannya dalam menggerakkan arah serangan termasuk menjadi pencetak gol pada perlawanan kedua kumpulan.

Dengan Jerman yang telah mengesahkan slot ke peringkat seterusnya, ramai peminat mengharapkan lebih banyak daripada pemain berusia 21 tahun itu semasa kejohanan ini berlangsung.

Lamine Yamal

star boy euro 2024
Gambar: AFP

Lamine Yamal, nama yang sudah dicanang-canang ketika ini bahkan sebelum pra kejohanan Euro lagi. Lamine menjadi pemain termuda kejohanan dengan usianya yang baru mencecah 16 tahun.

Dalam perlawanan pertama kumpulan B, dia yang bermain di posisi sayap kanan berjaya melakukan beberapa gelecekan memperdaya pertahanan lawan dengan mudah.

Wonderkid Barcelona itu berjaya membuat bantuan jaringan kepada Dani Carvajal pada masa kecederaan separuh masa pertama untuk menjadikan kedudukan 3-0, sekaligus menewaskan Croatia.

Meskipun bermain dalam kumpulan maut, Lamine antara kesebelasan utama dalam membenam juara bertahan Itali 1-0.

BACA: Terumbu Karang Haiwan Atau Tumbuhan? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

Jude Bellingham

Gambar: AFP

Mempunyai musim emas bersama Real Madrid, tidak dinafikan pemain tengah yang baru berusia 20 tahun itu menjadi jantung kepada skuad England kali ini.

Bukan sahaja membawa Real memenangi Liga Juara-Juara, Jude Bellingham turut menjaringkan gol tunggal England dalam kemenangan 1-0 ke atas Serbia dalam perlawanan pembukaan kumpulan C.

Pemain itu berada dalam kelasnya tersendiri apabila berjaya mendominasi bahagian tengah sewaktu perlawanan.

Xavi Simons

star boy euro 2024
Gambar: AFP

Salah satu nama pemain yang menjadi bualan, Xavi Simons akhirnya mempunyai peluang untuk menunjukkan kepada Eropah impak yang boleh diberikannya kepada skuad Belanda.

Pemain berusia 21 tahun itu berjya membantu Belanda menang 2-1 dalam perlawanan pembukaan mereka dan mengikat juara Piala Dunia 2018, Perancis dalam perlawanan kedua Kumpulan D.

Pemain RB Leipzig dilihat mempunyai peluang besar untuk membawa Belanda ke peringkat seterusnya.

Arda Guler

Gambar: AFP

Digelar jelmaan Mesut Ozil, Arda Guler antara watak penting dalam skuad kebangsaan Turki pada Euro kali ini. Pemain berusia 19 tahun itu berjaya membantu Turki menang 3-1 ke atas Georgia.

Dalam debutnya di Euro, Arda menjadi pemain termuda yang menjaringkan gol cantik dalam perlawanan tersebut.

Dia kini merupakan salah seorang wonderkid Real Madrid selepas disambar oleh Los Blancos pada musim lalu.

Radu Dragusin

star boy euro 2024
Gambar: AFP

Sekiranya anda peminat Tottenham Hotspurs atau mengikuti perkembangan Liga Perdana Inggeris musim lalu pastinya mengenali Radu Dragusin ini.

Meskipun hanya membuat sembilan penampilan untuk Spurs, Radu menjadi watak penting apabila membantu Romania mengejutkan Ukraine 3-0 dalam Kumpulan E.

Romania kini berada di tangga teratas Kumpulan E dengan mengumpul tiga mata.

BACA JUGA: Euro 2024: Cristiano Ronaldo Sarung But “Pink” Milik Bruno Fernandes?

Francisco Conceicao

Gambar: Francisco Conceicao

Francisco Conceicao menjadi penyelamat Portugal sewaktu menentang Republik Czech dengan golnya pada minit-minit akhir permainan.

Sewaktu perlawanan seakan-akan berakhir dengan keputusan 1-1, pemain FC Porto itu berjaya menendang masuk bola ke gawang gol lawan.

Menariknya, ia merupakan debut pertama pemain muda berusia 21 tahun itu di kejohanan Euro.

Luka Sucic

Gambar: Red Bull Salzburg

Luka Sucic, pemain tengah Red Bull Salzburg berusia 21 tahun merupakan aset penting dalam skuad kebangsaan Croatia.

Meskipun skuad itu, telah tersingkir dari kejohanan, namun pemain itu mempunyai masa depan cerah semasa penampilan mengagumkan menentang Albania.

Kelibatnya di atas padang membantu pasukannya seri 2-2 walaupun ketinggalan satu gol pada babak pertama.

Sumber: EuroSport