Euro 2024: Cristiano Ronaldo Sarung But “Pink” Milik Bruno Fernandes?
BERLIN — Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dilihat memakai but berwarna merah jambu dipercayai milik rakan sepasukannya, Bruno Fernandes ketika membantu pasukanya menang ke atas Turki, lapor SportBible.
Difahamkan, pemain berusia 39 tahun itu pada separuh masa pertama memakai but berwarna hijau sebelum dilihat memakai but berlainan pada babak kedua.
Ini kerana jelas kelihatan nama anak perempuan Kapten Manchester United, Matilde itu tertera pada but yang dipakai pemenang Ballon d’Or lima kali itu.
🩷🤔👀 Ronaldo Switches to Wearing Bruno’s Nike Vapor 15 Boots: https://t.co/kdbxwxEh26
— Footy Headlines (@Footy_Headlines) June 23, 2024
Sehingga kini, Ronaldo masih belum menjaringkan gol di Euro 2024 dan hanya mempunyai satu assist (bantuan jaringan).
Dalam perlawanan tersebut, Portugal menewaskan Turki 3-0 untuk mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya pada Euro 2024.
Pemain Manchester City, Bernardo Silva membuka jaringan pertama, sebelum pemain Turki Samet Akaydın tersilap membuat hantaran ke belakang untuk memberikan gol kedua Portugal.

Manakala gol ketiga, gol ketiga dijaringkan oleh Bruno Fernandes selepas Ronaldo mengumpan satu hantaran untuk mengesahkan kemaraan pasukannya.
Lebih manis, assist yang dilakukan oleh Ronaldo menjadikan ‘Mr Euro’ itu pemegang rekod bantuan gol tertua pada kejohanan kali ini.
Sementara itu, jurulatih Portugal, Roberto Martinez turut memuji sikap tidak tamak untuk menjaringkan gol dengan membuat hantaran silang itu.
“Kita tahu Cristiano yang merupakan penjaring gol, namun dia berada di hadapan penjaga gol dan memilih untuk memberikan bantuan kepada Bruno Fernandes.
“Itu adalah contoh yang harus ditunjukkan dalam setiap akademi di Portugal dan dalam dunia bola sepak (untuk menunjukkan) bahawa bermain berpasukan adalah perkara yang paling penting,” katanya memetik Bein Sports.
Ronaldo menjadi satu-satunya pemain yang tampil dalam enam edisi berbeza Euro.
BACA: Pemain Pertama Beraksi Dalam 6 Edisi Euro, Ini Rekod Euro Cristiano Ronaldo
Terdahulu, tular seorang kanak-kanak lelaki berlari masuk ke padang dan sempat bergambar dengan pemain itu sebelum sepak mula antara Portugal dan Turki.

Sumber: SportBible