Siakap Keli
rekod euro ronaldo
Gambar: AFP

Pemain Pertama Beraksi Dalam 6 Edisi Euro, Ini Rekod Euro Cristiano Ronaldo

Pemain Pertama Beraksi Dalam 6 Edisi Euro, Ini Rekod Euro Cristiano Ronaldo

Apabila menyebut nama Cristiano Ronaldo, siapa sahaja yang tak kenal dengan Greatest Of All Time (GOAT) atau pemain terbaik sepanjang zaman ini?

Sepanjang bergelar pemain, Ronaldo atau CR7 sentiasa memecahkan rekod bola sepak dalam setiap kejohanan dunia. Bahkan mesin gol itu terus menerus menjaringkan gol meskipun sudah berusia 39 tahun.

Dalam Kejohanan Europah (Euro) 2024 kali ini yang berlangsung di Jerman, Ronaldo sekali lagi tersenarai dalam pasukan kebangsaan Portugal.

Tidak dinafikan bahawa kehadiran ikon bola sepak dunia ini memberikan impak besar sebelum kejohanan bermula lagi, dengan tiket menonton pasukan Portugal berlatih di padang latihan habis terjual.

Semalam, Ronaldo turut membantu Portugal untuk membenam Republik Czech dengan skor 2-1. Sehubungan itu, mari kita ketahui fakta menarik dan rekod Ronaldo dalam Euro yang dia sertai.

Penjaring terbanyak dalam kejohanan

Fakta Ronaldo Euro
Gambar: AFP

Ronaldo merupakan penjaring gol terbanyak dalam kejohanan dengan 14 gol. Rekod tersebut adalah lima gol di hadapan penjaring teratas sepanjang masa Michel Platini dari Perancis dengan sembilan gol.

Pemain penyerang ini memulakan debut bersama Portugal dalam Euro pada 12 Jun 2004 menentang Greece termasuk gol pertamanya dalam perlawanan itu.

Rekod gol sepanjang masa Euro

14 Cristiano Ronaldo (Portugal)
9 Michel Platini (Perancis)
7 Alan Shearer (England)
7 Antoine Griezmann (Perancis)
7 Álvaro Morata (Sepanyol)
6 Ruud van Nistelrooy (Belanda)
6 Patrick Kluivert (Belanda)
6 Wayne Rooney (England)
6 Thierry Henry (Perancis)
6 Zlatan Ibrahimović (Sweden)
6 Nuno Gomes (Portugal)

BACA: Euro 2024: Analisis Opta Ramal England Miliki Kebarangkalian Paling Tinggi Jadi Juara

Gol setiap edisi

Fakta Ronaldo Euro
Gambar: AFP

Tahukah anda, bekas pemain Real Madrid itu menjadi satu-satunya pemain yang mencetak gol di setiap kejohanan? Berikut adalah pencapaiannya:

Euro 2004, 2 gol
Euro 2008, 1 gol
Euro 2012, 3 gol
Euro 2016, 3 gol
Euro 2020, 5 gol
Euro 2024, berapa gol yang bakal dicetak oleh CR7?

Gol Euro termasuk kelayakan

55 Cristiano Ronaldo (Portugal)
25 Zlatan Ibrahimović (Sweden)
23 Robbie Keane (Republik Ireland)

Gambar: AFP

Satu-satunya pemain yang bermain dalam enam edisi Euro

Tahukah anda? Ronaldo merupakan satu-satunya pemain beraksi dalam enam kejohanan berbeza sejak 2004 hingga kini. Kejohanan berkemungkinan menjadi ‘The Last Dance’ buat dirinya.

Berikut senarai pemain yang pernah dalam setiap edisi Euro

Fakta Ronaldo Euro
Gambar: AFP

6 Cristiano Ronaldo, Portugal (2004, 2008, 2012, 2016, 2020, 2024)
5 Pepe, Portugal (2008, 2012, 2016, 2020, 2024)
5 Luka Modrić, Croatia (2008, 2012, 2016, 2020, 2024)
4 Lothar Matthäus, Jerman Barat/Jerman (1980, 1984, 1988, 2000)
4 Peter Schmeichel, Denmark (1988, 1992, 1996, 2000)
4 Alessandro Del Piero, Itali (1996, 2000, 2004, 2008)
4 Edwin van der Sar, Belanda (1996, 2000, 2004, 2008)
4 Lilian Thuram, Perancis (1996, 2000, 2004, 2008)
4 Olof Mellberg, Sweden (2000, 2004, 2008, 2012)
4 Gianluigi Buffon, Itali (2004, 2008, 2012, 2016)
4 Petr Čech, Republik Czech (2004, 2008, 2012, 2016)
4 Zlatan Ibrahimović, Sweden (2004, 2008, 2012, 2016)

Penampilan terbanyak kejohanan

Gambar: AFP

BACA JUGA: Bimbang Dimarahi Guru, Lamine Yamal Bawa “Homework” Ke Euro 2024

Selain itu, Ronaldo juga adalah pemain terbanyak main di pentas Euro dengan 25 penampilan. Pencabar terdekat bagi rekod ini adalah dua rakan sepasukannya  João Moutinho dan Pepe.

26 Cristiano Ronaldo (Portugal)
20 Pepe (Portugal)
19 João Moutinho (Portugal)

Penampilan termasuk kelayakan

70 Cristiano Ronaldo (Portugal)
60 Luka Modrić (Croatia)
58 Gianluigi Buffon (Itali)
51 Mario Frick (Liechtenstein)

Berikut antara rekod Euro yang dipegang oleh pemain lain

Fakta Ronaldo Euro
Gambar: AFP

Penjaring tertua Euro
38 tahun 257 hari Ivica Vastic (Austria, 2008)

Penjaring tertua dalam perlawanan akhir
34 tahun 71 hari Leonardo Bonucci (Itali, 2020)

Pemain luar tertua untuk beraksi di EURO
39 tahun 91 hari Lothar Matthäus (Jerman, 2000)

Pemain tertua untuk beraksi di final EURO
38 tahun 232 hari Jens Lehmann (Jerman, 2008)

Pemain tertua memenangi EURO
37 tahun 23 hari Arnold Mühren (Belanda, 1988)

Gambar: AFP

Persoalannya, mampukah Ronaldo mengintai rekod seterusnya dengan usianya yang telah mencapai 39 tahun dan membawa Portugal menjulang Euro pada edisi kali ini?

Sumber: UEFA.com

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?