Siakap Keli
england juara euro
Gambar: Alexandra Beier/AFP

Euro 2024: Analisis Opta Ramal England Miliki Kebarangkalian Paling Tinggi Jadi Juara

Euro 2024: Analisis Opta Ramal England Miliki Kebarangkalian Paling Tinggi Jadi Juara

Tarikh 14 Jun pasti dinantikan ramai peminat bola sepak kerana salah satu kejohanan terbesar sukan tersebut, Euro 2024 akan bermula.

Para peminat kepada pasukan yang bertanding sudah tentu tidak sanggup lagi menahan debaran di dada dan merasai  bahang kejohanan yang semakin hampir ini.

Dalam Euro edisi ke-17 ini , sebanyak 24 pasukan yang dibahagikan keapda enam kumpulan akan bertanding bagi merebut trofi kejuaraan.

Sudah tentu, juara bertahan edisi lalu, Itali ingin mempertahankan gelaran di bumi Berlin, Jerman yang menjadi tuan rumah buat kali ini.

Pastinya ramai yang sudah membuat ramalan awal negara manakah yang bakal bergelar juara selepas senarai nama pemain telah dikeluarkan oleh setiap negara bertanding.

Sehubungan itu, mari kita lihat data ramalan yang dikeluarkan oleh portal analisis, Opta Analyst.

Daripada 24 pasukan bertanding, England dilabelkan sebagai pasukan kegemaran untuk muncul sebagai juara EURO 2024 (kebarangkalian sebanyak 19.9 peratus).

Jangkaan ini pasti disambut baik oleh para peminat Three Lions kerana negara itu belum pernah menjulang trofi berkenaan.

Gambar: Alexandra Beier/AFP

Malah, England ketika ini juga dibarisi begitu ramai pemain muda yang sedang meningkat naik antaranya Jude Bellingham, Phil Foden dan Cole Palmer yang menjadi tonggak di kelab masing-masing.

Jadi besar harapan para peminat untuk melihat anak-anak buah Gareth Southgate membawa pulang trofi edisi kali ini.

BACA: Warnai “Trio Botak” EPL, Erik Ten Hag Kekal Di United

Dengan 19.1 peratus, Perancis muncul sebagai pasukan kedua dengan kebarangkalian tertinggi untuk memenangi Piala Eropah kali ini.

Sementara tuan rumah, Jerman memiliki kebarangkalian sebanyak 12.4 peratus untuk muncul sebagai juara, diikuti Sepanyol (9.6 peratus) dan Portugal (9.2 peratus).

Naib Juara Piala Dunia 2010, Belanda pula antara pesaing utama gelaran ini dengan kebarangkalian 5.1 peratus. Manakala juara bertahan, Itali pula berada di posisi ketujuh dengan kebarangkalian sebanyak 5.0 peratus.

Gambar: Opta Analyst

Senarai Pasukan Setiap Kumpulan

Dalam edisi kali ini, terdapat empat pasukan dalam setiap kumpulan yang dibahagikan kepada enam, Kumpulan A, Kumpulan B, Kumpulan C, Kumpulan D, Kumpulan E dan Kumpulan F.

Kumpulan A mewakili tuan rumah Jerman, Scotland, Hungary dan Switzerland.

Kumpulan B yang dikenali sebagai “Kumpulan Maut” pula mempunyai Sepanyol, Croatia, Itali dan Albania.

Kumpulan C pula dibarisi Slovenia, Denmark, Serbia dan pasukan pilihan England.

Kumpulan D terdapat Belanda, Perancis , Poland dan Austria.

Kumpulan E mempunyai Ukraine, Slovakia, Belgium dan Romania.

Kumpulan F seterusnya mewakili Portugal, Republik Czech, Georgia, dan Turki.

Sumber: Opta Analyst

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"