Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Lamine Yamal Euro 2024
Kredit: CentreGoals via X, Inside World Soccer

Bimbang Dimarahi Guru, Lamine Yamal Bawa “Homework” Ke Euro 2024

Hannah

Bimbang Dimarahi Guru, Lamine Yamal Bawa “Homework” Ke Euro 2024

Bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal, berkongsi bahawa fokusnya di Euro 2024 bukan sahaja pada kejohanan bola sepak, tetapi juga pada kerja sekolah (homework) yang dibawanya ke Jerman.

Berbeza dengan kebanyakan remaja 16 tahun yang sedang menikmati percutian musim panas, Yamal dijangka menjadi pemain utama pasukan bimbingan Luis de la Fuente dalam Kejohanan Eropah kali ini,

Bagaimanapun, Yamal mengakui dia masih mempunyai tanggungjawab pendidikan dan perlu memastikan gurunya berpuas hati dengan menyelesaikan kerja sekolah walaupun sibuk dengan kejohanan tersebut.

“Saya membawa kerja sekolah kerana saya berada di tahun ke-4 (tahun akhir pengajian) di ESO.

Saya juga mempunyai kelas dalam talian dan semuanya berjalan lancar. Saya harap guru tidak marah pada saya,” katanya selepas tiba di Jerman menjelang perlawanan pembukaan Sepanyol menentang Croatia pada Sabtu.

Yamal pemain termuda Euro 2024

Lamine Yamal mencipta sejarah sebagai pemain berusia 16 tahun pertama yang bermain dalam Kejohanan Eropah Lelaki apabila beliau memulakan perlawanan kumpulan Euro 2024 menentang Croatia pada Sabtu lepas.

Remaja Barcelona ini telah membuat penampilan kelapannya untuk pasukan Sepanyol, walaupun baru berusia 16 tahun dan 338 hari.

Yamal turut menyumbang bantuan gol ketiga Sepanyol ketika pasukan bimbingan Luis de la Fuente menang 3-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B.

Sebelum ini, Yamal telah mencipta sejarah sebagai pemain termuda dan penjaring gol termuda Sepanyol dalam perlawanan debutnya menentang Georgia dalam kelayakan Euro 2024 pada September lalu.

Dia telah bermain sebanyak 51 kali untuk Barcelona dan menjaringkan tujuh gol selepas menjadi pemain termuda kelab itu pada usia 15 tahun pada April 2023.

Antara rekod lain yang dipegangnya termasuk penjaring gol termuda dalam La Liga dan pemain termuda yang memulakan perlawanan Liga Juara-Juara.

BACA: Euro 2024: Analisis Opta Ramal England Miliki Kebarangkalian Paling Tinggi Jadi Juara

BACA: Power Ranking: Ini Empat Pasukan Terkuat Di Euro 2024

Sumber: Inside World Soccer, BBC