Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kenapa Banyak Negara
Kredit: AFP

Hairan, Kenapa Banyak Bendera Ada Kombinasi Warna Merah, Putih & Biru? Ini Sebabnya

Athirah

Hairan, Kenapa Banyak Bendera Ada Kombinasi Warna Merah, Biru & Putih? Ini Sebabnya

Bendera bukan sekadar sepotong kain yang digantung atau dikibar sebagai perhiasan. Warna dan simbol yang ada pada bendera menjadi lambang kepada kepimpinan, penghormatan dan martabat sesebuah negara.

Ciri-ciri sesebuah negara itu sudah boleh diketahui dengan memerhati corak, simbol dan warna yang dipilih serta diletakkan pada bendera.

Sekiranya anda perasan, banyak negara kerap menggunakan tiga warna iaitu merah, biru dan putih sebagai warna pada bendera masing-masing.

Malah, warna yang disebut sebagai tri-colour ini sangat sinonim pada bendera negara-negara di Eropah seperti Belanda, Perancis, Norway, Rusia, Crotia dan Slovakia.

Persoalannya, mengawa warna biru, putih dan merah banyak digunakan dalam rekaan bendera-bendera di seluruh dunia? Apa cerita disebalik pemilihan ketiga-tiga warna ini?

Jadi, kali ini kami di SK ingin berkongsi dengan anda semua empat pendapat yang boleh menjawab soalan-soalan di atas.

Terdapat 28 negara mempunyai warna bendera merah, putih dan biru

Menurut portal NBC Washington, Setiausaha Persatuan Vexillological Amerika Utara, Ted Kaye menjelaskan bahawa warna merah, putih dan biru adalah lebih praktikal dan dikatakan lebih masuk akal dari sudut penciptaan.

“Warna merah, putih dan biru menjadi popular kerana ia adalah warna terbaik dan tahan lama dalam sejarah pewarna.

“Putih terhasil daripada proses pelunturan dan ia agak mudah untuk dihasilkan. Manakala merah serta biru adalah pewarna yang kuat.

“Jadi, teknologi pewarna sejak ratusan tahun yang lalu memang gemar menggunakan ketiga-tiga warna ini,” katanya.

Bendera Belanda menjadi contoh kepada negara lain

Selain itu, penggunaan warna-warna ini turut melibatkan unsur-unsur peniruan dan pengaruh yang disifatkan sebagai pendapat yang paling penting.

“Bendera setiap negara menunjukkan hubungan antara satu sama lain dan mencerminkan pengaruh simbolisme termasuk pemilihan warna.

“Menurut sejarah, bendera diciptakan di medan perang. Pada awalnya bermula di Asia, kemudian tersebar ke Timur Tengah sebelum menjadi penting dalam aktiviti perdagangan maritim,” ujar Ted.

Tambahnya, pada 1600-an Belanda menjadi negara dominan dalam aktiviti laut dan bendera yang digunakan negara itu mempunyai reka bentuk palang tiga mendatar, berwarna merah, putih dan biru.i

Bendera yang digunakan oleh Belanda kemudian dijadikan contoh dan ikutan negara-negara lain.

Setiap warna mempunyai maksud tersendiri

Seterusnya, warna merah, putih dan biru juga mempunyai maksud yang tersendiri serta sesuai mewakili identiti sesebuah negara.

Misalnya, warna merah selalu dikaitkan dengan darah, keberanian dan pengorbanan. Putih pula disesuaikan dengan maksud keamanan dan kesucian.

Manakala biru boleh merujuk kepada kebenaran dan ketenangan, ataupun sebagai warna air dan langit.

Akhir sekali, kombinasi tiga warna atau triad ini juga mempunyai nilai estetika yang mampu menarik perhatian orang ramai.

Begitupun, perkara berkenaan masih memerlukan penyelidikan lanjut daripada ahli akademik.

BACA: Minimalis Tetapi Bergaya, Baju Sukarelawan Olimpik Paris Dapat Pujian Ramai

Sumber: NBC Washington