Siakap Keli
jom laju for fun

Pos Malaysia Menyampaikan Keterujaan dengan Memperkenalkan Larian Komuniti ‘Jom Laju For Fun!’ 

Pos Malaysia Menyampaikan Keterujaan dengan Memperkenalkan Larian Komuniti ‘Jom Laju For Fun!’ 

Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia”), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, memperkenalkan acara larian yang pertama, ‘Pos Malaysia Run 2024’. Larian keseronokan tahunan ini memberi tumpuan kepada pembinaan komuniti dan menggalakkan gaya hidup yang  sihat melalui inisiatif hijau.

Acara julung kali ini dengan tagline ‘Jom Laju For Fun!’, menawarkan peluang kepada peserta untuk menikmati larian meriah bersama keluarga dan rakan-rakan  sambil melakukan aktiviti menarik di sepanjang laluan. 

Dari perspektif komuniti, acara ini bertujuan untuk mengukuhkan reputasi Pos Malaysia sebagai  jenama warisan dengan pendekatan berfikiran ke hadapan. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan  kesedaran tentang dedikasi syarikat terhadap kualiti, kecemerlangan perkhidmatan dan  kelestarian. 

Selama ini, Pos Malaysia secara aktif telah menyokong pembinaan komuniti dan mempromosikan  gaya hidup sihat melalui pelbagai acara suka sebagai rakan kongsi, seperti Maraton Kuching,  Maraton Borneo, Fit Malaysia, Hari Sukan Negara, Maraton Bintulu, Maraton Elopura Sandakan  dan The Music Run. Pos Malaysia kini teruja untuk memperkenalkan acara larian utamanya  sendiri iaitu, Pos Malaysia Run. 

jom laju for fun

jom laju for fun

Larian itu dijadualkan berlangsung pada hari Ahad, 29 September 2024, di Padang Merbok di  Kuala Lumpur, dengan pelepasan bermula pada jam 6:00 pagi. Acara itu mengalu-alukan peserta  berumur 7 tahun ke atas, menawarkan tiga kategori: 15km (RM85), 10km (RM80), dan 5km  (RM75). Pelari boleh mendaftar dan membeli tiket di RaceXAsia (https://www.racexasia.com/)  dari sekarang hingga 29 Ogos 2024. 

Para pelari digalakkan untuk manfaatkan harga early bird, dengan diskaun RM10 bagi setiap  kategori: 15km untuk RM75, 10km untuk RM70, dan 5km untuk RM65. Tawaran istimewa ini  tersedia sehingga 11 Julai 2024.

Nurul Naqiyah