Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
penampang banjir kilat
Gambar tular

Penampang, Sipitang Dilanda Banjir Kilat Akibat Hujan Lebat Berterusan

Nurhanis

Penampang, Sipitang Dilanda Banjir Kilat Akibat Hujan Lebat Berterusan

PENAMPANG, 30 Jun (Bernama) — Daerah Penampang dan Sipitang di negeri ini dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang berterusan sejak, petang tadi.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan berikutan banjir kilat itu itu Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom, Jalan Limbanak, dan Jalan Pukakon-Pomotodon di Penampang tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

“Selain banjir kilat, terdapat juga kejadian cerun runtuh di Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom sekitar Kampung Timpoluon, kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan namun buat masa ini tiada jalan alternatif yang boleh digunakan pengguna,” katanya,

JKR memaklumkan banjir kilat turut menyebabkan beberapa jambatan di Jalan Limbanak dan Jalan Pukakon-Pomotodon dinaiki air serta boleh membahayakan situasi kepada pengguna. Buat masa ini juga tiada jalan alternatif untuk pengguna di kedua-dua jalan tersebut.

Banjir kilat juga berlaku di beberapa kawasan sekitar Sipitang antaranya Jalan Kota Kinabalu-Sindumin, kawasan Pekan Sipitang dan Pasar Awam Sipitang.

“Hujan berterusan menyebabkan paras air laut naik dan menyebabkan backflow discharge drainage. Buat masa ini jalan terlibat masih boleh dilalui kenderaan, namun pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati,” katanya.

BACA: 22 Maut, 7 Cedera, 2 Hilang Selepas Banjir Landa Sumatera Barat

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dalam kenyataan berasingan memaklumkan beberapa kampung turut terlibat dalam banjir kilat itu antaranya Kampung Kolopis, dan Kampung Sugud selain terdapat penutupan jalan dilakukan.

“Orang awam diminta untuk merancang perjalanan dan menggunakan laluan lain berikutan beberapa jalan di sekitar Penampang dinaiki air susulan hujan lebat,” menurut kenyataan itu.

Anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Penampang telah ditugaskan ke kawasan jalan dilanda banjir kilat untuk membantu pengguna jalan raya.

“Anggota bertindak melencongkan kenderaan supaya tidak melalui jalan yang dinaiki air akibat banjir dan tanah runtuh selain mengawal keselamatan lalu lintas,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut petir di kawasan pantai barat Sabah, Kudat, Tongod, Beluran serta beberapa kawasan pedalaman negeri itu, dan ia diramal berlaku sehingga pukul 7 malam ini.

Sumber: BERNAMA