Despicable Me 4: Gru & Minions Kembali Dengan ‘Misi Baru’, Penuh Gelak Tawa
Siri animasi “Despicable Me” telah memikat hati penonton di seluruh dunia sejak diperkenalkan pada tahun 2010.
Diterbitkan oleh Illumination Studios Paris, siri ini bukan sahaja terkenal dengan watak utama, Gru, dan keluarganya, tetapi juga dengan sekumpulan makhluk kuning kecil yang digelar Minions.
Selepas tujuh tahun, akhirnya peminat tegar filem animasi ini bakal terubat rindu terhadap gelagat Gru dan Minions apabila munculnya siri baru “Despicable Me 4” yang secara rasmi bakal ditayangkan di Malaysia pada 4 Julai ini.
Sinopsis “Despicable Me 4”
Siri animasi “Despicable Me 4” bermula dengan pertemuan Gru, yang kini berperanan sebagai agen Liga Anti-Penjahat, bersama rakan-rakan dari sekolah lamanya.
Namun, kehadiran Maxime Le Mal, bekas rakan yang kini menjadi musuh besarnya, mengubah segalanya. Maxime, yang penuh dengan rancangan jahat, rupa-rupanya turut menyimpan dendam terhadap Gru atas perselisihan lama di antara mereka.
Ditambah dengan amarah akibat dipermalukan oleh Gru di khalayak ramai apabila Maxime berjaya ditangkap oleh Gru, Maxime dengan liciknya melarikan diri dari penjara dan bersumpah untuk membalas dendam.
Ancaman ini mengakibatkan Gru dan keluarganya yang kini dilengkapi dengan anak kandungnya, Gru Jr., menjadi huru-hara sehingga mereka terpaksa berpindah ke sebuah kota dan menukar identiti mereka demi keselamatan.
Dalam usahanya untuk melindungi keluarganya, Gru dibantu oleh tiga Minion setia, iaitu Phin, Ron dan Ralph.
Malangnya, pada masa yang sama, Gru juga diuji dengan kemunculan watak baharu, seorang kanak-kanak perempuan yang terobsesi untuk menjadi jahat, yang mengancam untuk mengungkap identiti Gru kecuali Gru membantunya dalam satu rancangan jahat.
Dalam pada itu, menariknya, “Despicable Me 4” kali ini menampilkan versi Minions dengan pelbagai ‘rupa’ dan keunikan yang belum pernah kita lihat sebelumnya.
Bayangkan, Minions comel kegemaran kita dengan keupayaan baharu dan gelagat yang lebih mencuit hati.
Minions di markas AVL digunakan sebagai bahan uji untuk serum baru. Lima daripada mereka berubah menjadi Mega Minions, satu pasukan seperti Fantastic Four yang mempunyai kuasa.
Akhirnya, ketegangan mencapai puncaknya apabila Maxime berjaya menculik Gru Jr., anak lelaki Gru yang tersayang.
Dengan bantuan Minions, Gru berusaha keras untuk mengalahkan Maxime dan menyelamatkan anaknya.
Ini membawa kepada pertempuran akhir yang mengungkapkan kebenaran yang mengejutkan tentang masa lalu mereka, sambil menampilkan ‘momen emosional’ yang tidak dijangka.
Apa yang menjadikan siri “Despicable Me 4” kali ini menarik?
BACA: “Ipar Adalah Maut”: Adaptasi Kisah Benar Cinta Terlarang Suami & Adik Kandung, Khianat Isteri
BACA: A Quiet Place Day One ‘Review’ : Hati-hati, Kuatkan Jantung Dulu Sebelum Tengok