Siakap Keli
Filem PAPA MOVIE
Kredit:

Filem PAPA MOVIE: Game On Bakal Temui Peminat Tidak Lama Lagi

Filem PAPA MOVIE: Game On Bakal Menemui Peminat Tidak Lama Lagi 

Apabila sebut saja kartun animasi BoBoiBoy, mesti kita teringat watak-watak yang mempunyai kuasa yang luar biasa.

Tetapi watak Papa Zola yang terkenal dengan tagline “kebenaran” antara salah satu penyeri animasi tersebut.

Selain itu, watak yang digemari orang ramai kerana gelagatnya yang mencuit hati dan menghiburkan hati para penonton. Malah, populariti Papa Zola boleh dikatakan setanding dengan watak-watak utama yang lain.

Namun, watak Papa Zola digugurkan dalam siri animasi BoBoiBoy.

Hal ini kerana syarikat Monsta membuat keputusan untuk menggugurkan satu watak akibat terlalu ramai karakter yang perlu merebut masa di dalam skrin.

Papa Zola “Musuh Kejahatan, Kekasih Kebenaran akan mempunyai filem sendiri tak lama lagi

Menerusi laman Facebook Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Abd Razak memaklumkan filem PAPA MOVIE: Game On bakal menemui peminat sekitar penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

“Selepas watak Papa Pipi diasingkan dari BoBoiBoy, kami letak Papa Pipi sebagai IP yang tersendiri. Perancangan awal hanya untuk Papa Pipi sebagai IP digital kami.

“Namun, sambutan Papa Pipi melangkaui jangkaan kami. Rupanya ramai juga peminat Papa Zola, terutama dari kalangan yang berfamili. Makin menjadi-jadi pula selepas kehadiran Pipi,” ujarnya.

Menurut Nizam, perancangan awal adalah untuk meletakkan karakter Papa Pipi hanya di platform digital tetapi disebabkan sambutan yang begitu hebat, pihak produksi merancang membuat langkah berani untuk ke peringkat seterusnya.

Siapa sangka, Channel Papa Pipi sudah melepasi 1 Billion tontonan, malah menerima ‘gold button’ daripada Youtube selepas melepasi 1 juta subscribers.

Kredit: Facebook Nizam Abd Razak

“Ini membuktikan Papa Pipi mempunyai pasaran yang tersendiri. Dengan kata kunci ‘FAMILI’ kami mula merancang untuk Papa Pipi melangkah dengan lebih berani

“Alhamdulillah, pagi tadi kami baru sahaja selepas sesi ‘Script Reading’ PAPA MOVIE: Game On bersama barisan pelakon suara, pengarah dan tunjang-tunjang utama Papa Pipi,” tambahnya lagi.

BACA: Sah, Papa Zola Digugurkan & Takkan Muncul Dalam Filem BoBoiBoy Akan Datang

Walaupun filem PAPA MOVIE menyelit babak aksi, namun filem ini lebih cenderung kepada komedi dan famili. Lanjutan daripada itu, syarikat MONSTA akan membuat siri Papa Pipi yang bakal menyusuli untuk para peminat.

Rata-rata komen di laman Facebook Nizam tidak sabar untuk menonton filem ini, malah ada individu yang menjadikan suara Papa Zola sebagai suara aplikasi Waze.

Sumber: Facebook Nizam Abd Razak

Athirah

When nothing goes right, go left.