Siakap Keli
Gambar: BoBoiBoy

Sah, Papa Zola Digugurkan & Takkan Muncul Dalam Filem BoBoiBoy Akan Datang

Karya animasi keluaran Malaysia sememangnya sangat terkenal dan diterima baik, sama ada dalam pasaran tempatan mahupun diluar negara.

Antara yang menjadi kegemaran ramai anak-anak kecil dan turut mencuri hati peminat dewasa adalah animasi superhero, BoBoiBoy.

Watak-watak yang ditampilkan begitu ikonik dan menjadi idola kepada penonton-penonton cilik, misalnya BoBoiBoy itu sendiri. Bagi penonton remaja dan dewasa, keletah watak Papa Zola adalah yang paling diperhatikan.

Terkenal dengan lawak ‘kebenaran’ yang bersahaja, populariti Papa Zola boleh dikatakan setanding dengan watak-watak utama yang lain.

Bagaimanapun, para penonton mungkin tidak lagi dapat menonton watak berkenaan dalam filem BoBoiBoy akan datang.

Ia berikutan pengumuman yang dibuat oleh CEO Monsta, Nizam Abd. Razak yang juga pelakon suara watak berkenaan baru-baru ini.

”Selepas membaca komen dan feedback anda semua: Confirmed: Papa Zola will be dropped for next BoBoiBoy Movie. Idea untuk fusionkan Papa Zola dan Gopal pun tidak diterima. Papablo Esgopal is sad.” katanya dalam kemaskini ringkas di laman facebook miliknya.

 

 

Perkara berkenaan turut dikongsikan oleh laman rasmi facebook BoBoiBoy. Berita berkenaan turut meraih perhatian para pengikut animasi berkenaan yang rata-rata bersedih dengan pengumuman tersebut.

 

 

Sumber: Nizam Abd Razak

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.