Siakap Keli
tudung terbelit mesin
Kredit: Norizan Jaafar via TikTok

Pengusaha Telur Itik Kongsi Detik Cemas ‘Tercekik’ Tudung Terbelit Mesin

Pengusaha Telur Itik Kongsi Detik Cemas ‘Tercekik’ Tudung Terbelit Mesin

Seorang pengusaha telur itik berdepan dengan detik cemas apabila tudung yang dipakainya tersangkut dalam mesin pembersih telur, menyebabkan dia tercekik.

Norizan Ahmed Jaaffar, 55, menceritakan bahawa insiden tersebut berlaku ketika dia sedang melakukan siaran langsung di aplikasi media sosial, TikTok, yang membuatkan dia kurang waspada terhadap keadaan sekeliling.

“Biasanya, kerja-kerja pembersihan telur ini dilakukan oleh pekerja saya tetapi pada hari kejadian mereka sedang keluar rehat. Jadi saya yang ambil alih sebentar dengan membuat siaran langsung.

“Bagaimanapun, tanpa disangka-sangka tudung yang saya pakai itu termasuk ke dalam mesin pemutar pembersih telur menyebabkan ia terbelit dan merentap saya masuk sehingga tercekik,” katanya.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 24 saat yang dimuat naik di TikTok, Norizan dilihat seolah-olah ditarik dengan kuat sehingga kepalanya terhantuk pada bahagian atas mesin.

@norizanjaaffar

Masih troma .. bila sy tgok balik gelihati pun ada .. rasa malu jg nk pos tapi sy pos jg untuk bg pengajaran pada semua org .. jgn terlelu leka bila kita berhdpn dgn mesin

♬ original sound – NORIZAN JAAFAR – NORIZAN JAAFAR

Mengulas lanjut, Norizan berkata, kejadian tersebut adalah umpama antara hidup dan mati kerana tudung yang dipakainya terjerut pada leher.

“Ketika kejadian suami dan pekerja dengar jeritan meminta pertolongan dan dengan pantas suami saya terus mematikan suis.

“Alhamdulillah, saya selamat tetapi sakit pada bahagian leher kerana terjerut. Insiden ini benar-benar membuatkan saya trauma dan takut dengan mesin itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Norizan menasihati orang ramai agar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan hanya fokus melakukan satu pekerjaan dalam satu masa.

BACA: Kekurangan Bahan Api: Hospital Di Gaza Mungkin Henti Operasi Dalam Masa 48 Jam

BACA: Pemain Badminton China, Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia

BACA: Banjir Kilat Sabah: Beberapa Jalan Utama Tidak Boleh Dilalui

Sumber: Sinar Harian

Sharifah Hannah Adibah