Siakap Keli
Dataran Lang langkawi ditutup
Kredit: Yaputsolo Pixels via Facebook

Ditutup Sementara, Jurugambar Kongsi Foto Dataran Lang Langkawi Sedang Dinaik Taraf

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ditutup Sementara, Jurugambar Kongsi Foto Dataran Lang Langkawi Sedang Dinaik Taraf

Percutian sememangnya suatu perkara yang disukai oleh semua orang tanpa mengenal usia. Lebih-lebih lagi apabila kita dapat bercuti bersama keluarga tercinta, sanak-saudara ataupun rakan taulan.

Tidak kiralah sama ada bercuti di dalam mahupun luar negara atau di kawasan bandar mahupun desa, dengan bercuti kita dapat membebaskan diri daripada kebiasaan hidup buat seketika.

Ringkasnya di sini, bercuti adalah salah satu terapi yang berkesan untuk menenangkan fikiran, menangani stress dan mengeratkan hubungan silaturahim.

Di Malaysia, Pulau Langkawi pasti menjadi antara destinasi pelancongan idaman bukan sahaja dalam kalangan rakyat tempatan, malah bagi pelancong asing juga.

Pulau ini terkenal di seluruh dunia dengan keindahan alam semula jadinya dan cukup sinonim dengan cerita-cerita legenda tempatan.

Tidak hanya itu, pulau itu turut ‘menyajikan’ pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pengunjung.

Dataran Lang Langkawi ditutup sementara untuk baik pulih

Antara mercu tanda yang wajib disinggahi ketika bercuti di pulau tersebut tentunya melawat Dataran Lang yang menempatkan tugu burung helang gergasi.

Tugu Lang (Helang) gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur ke udara.

Ia sekaligus menawarkan pemandangan yang mengagumkan untuk para pelancong yang berkunjung ke sana.

Begitupun, ramai yang tidak tahu bahawa Datang Lang sedang ditutup ketika ini untuk membenarkan kerja-kerja naik taraf ke atas tugu tersebut berjalan.

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) pada Mac lepas memaklumkan kerja-kerja menaik taraf Dataran Lang sudah pun bermula sejak 29 Februari lagi.

Bagaimanapun, sejak 15 April, kawasan berkenaan ditutup sepenuhnya sehingga ke satu tarikh yang dimaklumkan kelak.

Terbaru, seorang pengguna Facebook berkongsi beberapa foto keadaan terkini tugu burung helang yang sedang dinaik taraf.

Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik oleh Yaputsolo Pixels, dapat dilihat kerja-kerja sedang berjalan dan giat dilaksanakan.

@yaputsolo_langkawi

Replying to @cocovanila95 bulan 10 ni helang ni keluar sangkar .. stanby 🦅😇#langkawidrone #yaputsolopixels #langkawi #pilotdrone #langkawivideo #pilotdronelangkawi #weddingvideographer #weddingvideography #kahwinbajet

♬ sunet original – speed songs 😛

 

Apa pun, rakyat Malaysia memang sudah rasa tidak sabar untuk berkunjung ke Dataran Lang dan melihat sendiri tugu berkenaan selepas siap dibaik pulih kelak.

BACA: Kalau Tiada Rumah, Ejen Hartanah Kongsi Ini Cara Nak Tahu Saiz Rumah Dalam Pembinaan

Athirah

When nothing goes right, go left.