Siakap Keli
lelaki bunuh makan mangsa
Gambar: Detik.com

Lelaki Ditahan, Didakwa Bunuh Sebelum Kerat & Makan Daging Mangsa

Lelaki Ditahan, Didakwa Bunuh Sebelum Kerat & Makan Daging Mangsa

Seorang pemuda di Indonesia telah ditahan pihak berkuasa selepas didakwa membunuh seorang lelaki sebelum mengerat dan makan daging mangsa, lapor Detik.com.

Menurut portal berita seberang itu, kejadian berkenaan dipercayai berlaku pada 30 Jun lepas di Jalan Raya Cibalong, Desa Sancang, Garut.

Beberapa video yang merakam perbuatan jenayah pemuda berusia 23 tahun itu turut tersebar di media sosial.

Berdasarkan video yang tular, dapat dilihat suspek duduk di sebelah mayat mangsa sambil menyunyah sesuatu. Manakala di sampingnya kelihatan beberapa bahagian tubuh badan mangsa yang sudah dikerat.

Suspek juga turut memegang satu guni yang tertutup, dipercayai mengandungi bahagian badan lain mangsa.

Lelaki ditahan, didakwa bunuh sebelum kerat dan makan daging mangsa bunuhnya

“Seperti dalam video yang menjadi tular di media sosial, memang kelihatan mangsa disyaki makan bahagian tubuh badan mangsa,” kata Ketua Siasatan Jenayah Polis Garut, AKP Ari Rinaldo.

Bagaimanapun setakat ini, polis tidak dapat mengesahkan sama ada objek yang dikunyah suspek merupakan benar-benar sebahagian daripada daging mangsa bunuhnya.

Ujar Ari Rinaldo lagi, suspek turut mengaku bertindak mengerat jasad mangsa kepada 12 bahagian. Pengakuan suspek kemudian dapat disahkan melalui penemuan bahagian-bahagian mayat di lokasi kejadian.

Suspek telah dibawa ke hospital bagi menjalani ujian psikiatri

“Kami menemui dua bahagian tubuh mayat iaitu dari badan hingga kepala serta dari pinggang hingga punggung. Manakala dalam guni, turut ditemui berisi 10 lagi cebisan badan mangsa,” ujar Ari Rinaldo lagi.

Menurut portal Detik.com lagi, mayat mangsa kini berada di salah sebuah hospital tempatan untuk dikenal pasti.

Sementara itu, suspek pula dibawa ke Hospital Sartika Asih Bandung bagi menjalani ujian psikiatri.

Terdahulu, turut tersebar beberapa video yang menunjukkan suspek dilihat berjalan bersama-sama mangsa di sebatang jalan.

BACA: Ditutup Sementara, Jurugambar Kongsi Foto Dataran Lang Langkawi Sedang Dinaik Taraf

BACA: SPM Kurang Cemerlang & Dipulaukan, Lelaki Kerja Keras Hingga Kini Jadi Jurutera Dengan Gaji Sekitar RM80k

Sumber: Detik.com

Athirah

When nothing goes right, go left.