Siakap Keli
Pelajar sekolah kelantan Tifoid
Gambar: Portal My Health

Lima Pelajar Sekolah Menengah Di Kelantan Dijangkiti Tifoid

Lima Pelajar Sekolah Menengah Di Kelantan Dijangkiti Tifoid

KOTA BHARU, 2 Julai (Bernama) — Lima daripada 22 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu disahkan dijangkiti tifoid atau demam kepialu, menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.

Beliau berkata 17 pelajar lagi sedang disaring di bilik isolasi di Hospital Tumpat dan Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh.

“Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu (PKDKB) sejak 20 Jun lepas membuat ujian saringan ke atas kakitangan dan pelajar sekolah berkenaan yang mengalami simpton tifoid.

“Antara gejala tifoid adalah demam, cirit-birit, sakit perut, muntah, loya, sembelit, sakit kepala, keletihan dan kurang selera makan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dr Zaini berkata demam kepialu sejenis penyakit berjangkit akibat jangkitan kuman iaitu salmonella typhi dan jangkitan kuman berkenaan merebak melalui beberapa cara seperti makanan atau minuman yang dicemari najis mengandungi kuman itu.

BACA: Pelajar Tingkatan 1 Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat Lima Dilapor Meninggal Dunia

“Justeru saya meminta jika ada kakitangan atau pelajar terlibat yang bergejala diminta memaklumkan segera kepada pihak pengurusan sekolah untuk penilaian klinik kesihatan. Sebarang pertanyaan, boleh diajukan ke WhatsApp PKDKB di talian 013-978 3378 atau Pegawai Kesihatan Epidemiologi PKDKB di talian 019-3086126,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"