Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
zhang zhi jie serangan jantung
Sumber: Sinar Harian

Zhang Zhi Jie Disahkan Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Hannah

Zhang Zhi Jie Disahkan Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Pemain badminton remaja China, Zhang Zhi Jie telah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bertanding dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2024 di Yogyakarta, Indonesia pada hari Ahad.

Insiden malang itu berlaku semasa perlawanan antara China dan Jepun dalam Kumpulan D di GOR Among Raga.

“Laporan perubatan menunjukkan mangsa mengalami serangan jantung,” kata jurucakap Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI), Broto Happy semasa sidang media di Yogyakarta.

Ketika kejadian, pemain berusia 17 tahun itu sedang bertarung menentang Kazuma Kawano sebelum tiba-tiba rebah di gelanggang.

Pasukan perubatan kejohanan segera memberikan bantuan kecemasan dan mangsa terus dikejarkan ke hospital.

Namun, Zhang Zhi Jie disahkan meninggal dunia pada pukul 11.20 malam Ahad waktu tempatan.

Jurucakap tersebut juga mempertahankan tindakan pasukan perubatan dan penganjur selepas rakaman video menunjukkan mereka seolah-olah teragak-agak untuk memberikan bantuan kecemasan segera sebaik sahaja pemain itu rebah.

“Pasukan perubatan perlu menunggu kebenaran daripada pengadil sebelum boleh memasuki gelanggang,” katanya.

Zhang Zhi Jie mula bermain badminton sejak tadika dan menyertai skuad remaja China pada tahun lepas.

Beliau telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan menjuarai Kejohanan Remaja Antarabangsa Belanda, sebuah pertandingan berprestij bagi peringkat remaja awal musim ini.

Dalam pada itu, Persatuan Badminton China (CBA) menyatakan rasa dukacita yang mendalam atas kehilangan pemain berbakat seperti Zhang Zhi Jie.

“Zhi Jie sangat meminati badminton dan adalah pemain terbaik dalam skuad remaja kebangsaan (China),” kata CBA dalam satu kenyataan.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) juga menzahirkan rasa sedih di atas kehilangan bakat badminton yang semakin meningkat naik itu.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan sepasukannya, CBA dan seluruh komuniti badminton China,” katanya dalam satu kenyataan.

BACA: Pemain Badminton China, Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia

Sumber: Sinar Harian