Siakap Keli
anggota polis maut
Gambar: BERNAMA

Anggota Polis Ditemui Maut Di Kediaman

Anggota Polis Ditemui Maut Di Kediaman

LARUT — Seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat koperal ditemui maut di ruang dapur kediamannya di Selama hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Selama, Superintenden Sarudin Samah, mangsa, 40, ditemui oleh isterinya kira-kira jam 7.40 pagi ketika pulang menghantar anak ke sekolah.

Maklum isterinya kepada penyelia balai, suaminya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Berdasarkan rekod, mangsa bertugas di bahagian am sebuah balai polis di Selama.

“Mangsa juga telah berkahwin dan mempunyai tiga anak berusia antara tujuh hingga 14 tahun,” ujarnya  sewaktu dihubungi pemberita pada Selasa.

Tambah Sarudin, keterangan ahli keluarga mangsa telah diambil oleh pihaknya bagi membantu siasatan.

“Punca kematian masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan diperolehi sebaik proses bedah siasat selesai,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam tidak membuat sebarang spekulasi negatif berhubung kejadian terbabit.

BACA: Pelawak Dan Isteri Direman, Sebar Maklumat Dalaman Polis

Dua Anggota Polis Maut Dalam Insiden Serangan Di Balai Polis Ulu Tiram, Johor

Pada 17 Mei lalu, dua anggota polis disahkan maut manakala seorang cedera, dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor.

Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar yang mengesahkan perkara itu berkata insiden pada 2.45 pagi itu, melibatkan suspek yang bertopeng bersenjata pistol dan parang.

Suspek bagaimanapun turut dilaporkan mati ditembak dilokasi kejadian.

Susulan itu, polis merampas sepucuk pistol Walther P99 dan Selaras HK MP5 daripada suspek.

Bagaimanapun, maklumat selanjutnya akan diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain yang dijangka tiba di lokasi pada hari kejadian.

Jenazah dua anggota dan seorang yang maut serta anggota yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail di sini, untuk bedah siasat dan rawatan.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husin berkata suspek yang ditembak mati dipercayai ahli Jemaah Islamiyah.

Kenyataan itu di berikan ketika ditemu bual oleh wartawan di depan Balai Polis Ulu Tiram.

Sumber: Sinar Harian

BACA JUGA: Isteri Tergerak Hati Nak Hubungi, Suami Rupanya Maut Dalam Kemalangan

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"