Siakap Keli
isteri hubungi suami maut
Sumber: Facebook Nizam Jentik Jentik

Isteri Tergerak Hati Nak Hubungi, Suami Rupanya Maut Dalam Kemalangan

Isteri Tergerak Hati Nak Hubungi, Suami Rupanya Maut Dalam Kemalangan

Sering kali kita melihat, jika berlaku kemalangan jalan raya, pasti ada beberapa orang awam yang berhenti di tepi jalan dan membantu mangsa kemalangan.

Sebagai orang pertama yang memberikan pertolongan, selain daripada menghubungi pihak perubatan atau polis, beberapa perkara lain yang boleh dilakukan ialah memastikan mangsa bertenang dan selamat dari risiko kemalangan lain.

Bercakap mengenainya, pelawak, Nizam Jentik-Jentik telah berkongsikan pengalamannya membantu mangsa kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, ada kisah sedih yang berlaku di sebalik kemalangan tersebut, ikuti perkongsian menyayat hati ini di bawah.

BACA: Dua Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

Sebak beritahu isteri mangsa kemalangan tentang ajal suami

Sebak betul hari ini. Saya jadi antara terawal yang nampak dan berada di lokasi kemalangan maut. Saya turun payungkan mangsa sebab keadaan panas terik masa itu. And ada beberapa rider pun ada bantu kawal lalu lintas. Kami pun cuba secure segala barang penting mangsa, handphone dan wallet supaya dalam jagaan rapi. Kami tak dapat hubungi waris sebab tiada number emergency tertera di telefon (penting ni)…

Bila call 999 untuk laporkan, operator tanya mangsa masih hidup atau tidak. To be honest seawal sampai saya masih nampak pergerakan di perut, tapi lepas tu terus lenyap pergerakan tu. Saya cuma jawab mungkin dah takde. Tapi katanya kalau dah takde bukan tugas ambulans, tapi tugas polis. Jadi beberapa orang yang di situ bantu saya memastikan keadaan mangsa, check nadi dan nafas dan teruknya keadaan, confirm mangsa telahpun meninggal dunia (innalillahiwainnailaihirojiun)…

Tiba tiba telefon mangsa berdering dan tertera “My Lovely Wife”… Allahuakbar… masing masing tak berani angkat, tapi saya gagahkan juga angkat… saya jawab “Assalam puan”… dia membalas “Eh suami saya mana? Saya rasa tak sedap hati tu yang tergerak hati nak call”… satu ungkapan yang saya cukup berat dan sebak nak khabarkan waktu tu “Puan, suami puan ada dekat dengan saya ni, dia terlibat dalam kemalangan puan”… dia tanya semula “Suami saya macamana?”… saya hampir menangis nak jawab “Suami puan dah takde puan”… dengar puan tadi meraung menangis “Allahuakbar Ya Allah”… saya terkedu dan menitik jugak air mata saya… saya WhatsApp keadaan suaminya untuk kepastian dia, gambar profile ada anak dua orang masih kecil lagi… Allahuakbar menitik terus air mata saya…

Dikhabarkan suaminya baru selesai hantar anaknya ke sekolah petang… Allahu sekelip mata saja suaminya pergi meninggalkan keluarga… Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan semoga isteri dan anak-anaknya dipermudahkan segala urusan… amin amin ya rab…

Sumber: Facebook Nizam Jentik Jentik

BACA: “Work Life Balance” Malaysia Kedua Terburuk Di Dunia – Kajian

BACA: Seorang Pengsan, 16 Alami Pening Dan Pedih Mata Akibat Tumpahan Kimia

Azizah Najib

Menulis tanpa henti