Siakap Keli
work life balance malaysia
Kredit: Bernama

“Work Life Balance” Malaysia Kedua Terburuk Di Dunia – Kajian

“Work Life Balance” Malaysia Kedua Terburuk Di Dunia – Kajian

Menerusi satu kajian, Malaysia berada di tangga kedua terburuk di dunia dalam indeks keseimbangan hidup dan kerja (work life balance).

Kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat terkemuka luar negara, Remote mendedahkan Malaysia merupakan negara ke-59 daripada 60 buah negara lain sekaligus menjadi negara Asia terburuk dalam indeks tersebut.

Syarikat berkenaan mendedahkan pemilihan ini adalah berdasarkan jumlah keluaran dalam negeri kasar (KDNK) 60 buah negara tertinggi di dunia. Ia bertujuan melihat negara yang mempunyai keseimbangan hidup dan kerja terbaik dengan menganalisis beberapa faktor.

Menurut laporan syarikat berkenaan, rakyat Malaysia merupakan antara pekerja yang paling bekerja keras daripada sepatutnya selain Mexico dan Nigeria. Pekerja sepenuh masa dan separuh masa turut diambil kira dengan jumlah waktu bekerja melebihi 40 jam seminggu secara purata.

Antara faktor yang diambil kira bagi indeks ini ialah bilangan hari cuti tahunan berkanun, bayaran sakit berkanun minimum, bilangan hari cuti bersalin berkanun, dan peratusan gaji untuk cuti bersalin berkanun.

Tambahan lagi, faktor seperti gaji minimum, penjagaan kesihatan, indeks kebahagiaan dan purata waktu kerja mingguan  turut diambil kira.

BACA: Kerepek Kononnya Boleh Tunaikan Nafsu Masuk Pasaran, Siap Ada Artis Yang Promosikan?

BACA: Bekas Pelajar TVET Mampu Buka Tiga Cawangan Syarikat Fabrikasi & Perpaipan, Gajikan Lebih 80 Orang Staf

Kredit: Remote

“Work Life Balance” mempengaruhi produktiviti pekerja

Remote berkata, keseimbangan hidup dan kerja membawa maksud yang berbeza bagi setiap pekerja.

Namun secara umumnya, ia diperlukan untuk memastikan pekerja dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin tanpa memberi kesan kepada kehidupan peribadi mereka.

Menurut Remote lagi, negara yang mempromosi dan mementingkan keseimbangan antara hidup dan kerja dapat mencipta persekitaran yang membenarkan para pekerja mencapai kualiti hidup yang lebih baik.

Keadaan ini mampu membuatkan pekerja lebih gembira dan lebih melibatkan diri dalam kerja sekaligus meningkatkan produktiviti mereka.

Sementara itu, New Zealand menjadi negara terbaik yang mempunyai persekitaran work life balance dengan menduduki tempat pertama.

Ia diikuti oleh Sepanyol di tempat kedua, Perancis di tempat ketiga, Australia di tempat keempat dan Denmark di tempat kelima.

BACA: Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif Dijangka Bermula Oktober Ini

Sumber: Remote

BACA: Helikopter TDM Lakukan Pendaratan Cemas, 3 Anggota Dikejarkan Ke Hospital 

Azizah Najib

Menulis tanpa henti