Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit Gambar Hiasan: Bernama

Helikopter TDM Lakukan Pendaratan Cemas, 3 Anggota Dikejarkan Ke Hospital 

Azizah Najib

Helikopter TDM Lakukan Pendaratan Cemas, 3 Anggota Dikejarkan Ke Hospital

Sebuah helikopter M81-11 Agusta A109 LOH telah melakukan pendaratan kecemasan di Landasan Terbang Kluang, Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat, Kem Mahkota Kluang, Johor pada jam 1.35 pagi, Jumaat.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook telah mengesahkan insiden itu.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku ketika sesi Latihan Penerbangan Malam bagi Kursus Army Aviation Basic Officer Course.

Insiden itu juga melibatkan 3 anak kapal iaitu seorang jurulatih, seorang penuntut dan seorang krew kuartermaster.

BACA: Anggota Tentera Hilang Ketika Op Ukur Sempadan Di Limbang

“Kesemua krew yang terlibat dalam keadaan sedar dan hasil awal pemeriksaan perubatan telah mengenal pasti beberapa kecederaan yang dialami oleh pegawai dan anggota seperti patah tulang belakang dan luka-luka di beberapa bahagian anggota badan serta lain-lain kecederaan yang masih belum dikenal pasti.

“Kesemua anak kapal dalam keadaan stabil dan telah dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor bagi menerima rawatan lanjut,” kata TDM.

Tambah kenyataan itu, TDM telah membuat keputusan untuk menghentikan penerbangan buat sementara waktu bagi helikopter berkenaan. Keputusan ini bertujuan menjalankan retifikasi dan pemeriksaan untuk mengembalikan status terbang pesawat dengan kadar segera.

Sehubungan dengan itu, pihak TDM meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kejadian tersebut dan mendoakan kesemua anggota yang terlibat diberikan kesembuhan.

“Dalam masa yang sama, satu Lembaga Siasatan akan disidangkan bagi mengenal pasti punca kejadian,” ujar TDM.

Sumber: Facebook Tentera Darat Malaysia

BACA: Pesawat Malaysia Airlines Dari Hyderabad Berpatah Balik Susulan Masalah Enjin

BACA: GIP Dipilih Susulan Setuju Kekal Lantik Rakyat Malaysia Sebagai Pengerusi, CEO MAHB – PM Anwar