Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
tentera hilang di sempadan limbang
Sumber: Bernama

Anggota Tentera Hilang Ketika Op Ukur Sempadan Di Limbang

Azizah Najib

Anggota Tentera Hilang Ketika Op Ukur Sempadan Di Limbang

LIMBANG, 21 Jun (Bernama) — Seorang anggota tentera Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang berpengkalan di Kem Kidurong, Bintulu, hilang ketika sedang bertugas dalam Op Ukur di sini bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Sarawak.

Anggota yang hilang itu dikenali Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim sedang melaksanakan tugasan sebagai pengiring penandaan dan pengukuran sempadan Malaysia-Brunei Darussalam di kawasan pengukuran Ulu Tutong (E500) ke Bebuloh (E600) Limbang mulai 11 Jun hingga 2 Sept 2024 yang dilaksanakan di bawah kawalan Markas 31 Briged Sempadan.

Menurut kenyataan Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia (TDM) ketiadaan anggota dikesan pada Selasa lalu lebih kurang jam 12 tengah hari ketika ketua kumpulan mendapati anggota tiada di posisi belakang kumpulan.

BACA: Dihasilkan Dari Tebu, Ketahui Mengenai Bahan Api Etanol Yang Digunakan Di Brazil

“Kejadian berlaku pada kedudukan di jarak dua kilometer di atas permatang sempadan Malaysia-Brunei dari tanda sempadan E500 menghala ke arah E600,” menurut kenyataan tersebut.

Menurutnya, usaha mencari dan mengesan anggota telah segera dilaksanakan oleh kumpulan tersebut yang terdiri daripada dua anggota TDM dan lima anggota JUPEM namun gagal menemui anggota itu.

“Usaha pencarian juga kemudiannya telah dipergiatkan oleh TDM mulai Rabu lalu di kawasan tersebut dengan melibatkan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta agensi lain yang dikoordinasikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) juga telah mengatur gerak aset mereka dalam membantu usaha pencarian bersama TDM,”katanya.

Sumber: Bernama

BACA: Ayah Nekad Cipta Kerusi Roda Khas Untuk Anak Hidap Spina Bifida

BACA: Harimau Malaya Lonjak Tiga Anak Tangga, Kini Ranking Ke-135 Dunia