Siakap Keli
ayah cipta kerusi roda khas
Kredit: @faratarmizy via TikTok

Ayah Nekad Cipta Kerusi Roda Khas Untuk Anak Hidap Spina Bifida

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ayah Nekad Cipta Kerusi Roda Khas Untuk Anak Hidap Spina Bifida

Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai dan sangat berharga bagi setiap pasangan yang berkahwin. Kehadiran mereka dianggap sebagai pelengkap hidup berumah tangga.

Apabila anak dilahirkan ke dunia, mereka diijaga dan dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh. Tidak kiralah bagaimana keadaan mereka ketika dilahirkan, ibu bapa tetap menyayangi anak masing-masing sepenuh hati.

Jadi, apa sahaja yang perlu dilakukan untuk melihat anak dapat menikmati kehidupan sempurna pasti akan dilakukan.

Anak alami spina bififa, ayah nekad cipta kerusi roda khas

Begitu jugalah dengan seorang ayah ini yang nekad mencipta kerusi roda khas buat supaya anak istimewanya supaya dapat bergerak bebas seperti kanak-kanak yang lain.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @faratarmizy, Muhammad Qhalish iaitu anak bongsu daripada dua beradik itu difahamkan mengalami masalah tulang belakang atau spina bifida.

Keadaan itu menyebabkan Qhalish sukar untuk bergerak dan perlu bergantung kepada orang lain.

Situasi itu kemudian telah mendatangkan ilham kepada si ayah, Mohd Noor Syazwan Ab Patar untuk mengcipta kerusi roda khas daripada bahan-bahan yang ada.

Dibantu isteri, Nur Faradila Ahmad Tarmizi, mereka kini tersenyum apabila kerusi roda dibina dengan menggunakan kerusi bayi, papan pemotong, tayar basikal dan span diperingkat awal itu dapat membantu Qhalish bergerak bebas hari ini.

@faratarmizy

Siapa rindu tengok Qhalish naik wheelchair? #qhalishonwheels #spinabifidawarrior #mystrongboy #anaksyurga #fighter #babywheelchairs #diywheelchair

♬ Manusia Kuat – liriiklagu

Menurut Nur Faradila, ibu bapa tidak boleh menyisihkan anak istimewa sebaliknya perlu terus memberi semangat dan dorongan agar mereka dapat merasa nikmat yang sama seperti kanak-kanak yang lain.

Menelan belanja beribu ringgit ketika mahu cipta kerusi roda khas

Apabila ditanya berkenaan inspirasi untuk mencipta kerusi roda khas, Nur Faradila memberitahu mereka mendapat inspirasi daripada rujukan internet dan informasi yang dikongsikan keluarga senasib di luar negara.

“Jadi kami try and error dan Alhamdullilah menjadi. Sekarang kami dalam proses untuk buat kerusi roda yang kedua untuk melatih Qhalish supaya dapat duduk tegak seperti biasa.

“Untuk kerusi roda kedua pula, kami menggunakan plywood. Ianya lebih mudah untuk dimodifikasi bagi masa akan datang dan kosnya lebih murah,” katanya.

Tambah Nur Faradila, mereka membelanjakan secara keseluruhan hampir RM2,000 untuk terus menambah baik kualiti kerusi roda khas berkenaan.

Inovasi ini dijual kepada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa

Malah, mereka juga tidak menyangka inovasi berkenaan boleh dipasarkan dan menjadi sumber pendapatan kepada mereka.

“Pada mulanya kami hanya mahu buat untuk anak kami sahaja, namun ada pula permintaan dari ibu bapa yang anaknya seperti Qhalish,” jelasnya.

Difahamkan, kerusi roda khas tersebut boleh dijual pada harga antara RM900 hingga RM1,700 bergantung kepada jenis kerusi, kualiti dan bentuk kerusi roda yang dimahukan.

Katanya lagi, saiz kerusi roda khas ini juga akan berbeza-beza mengikut bentuk tubuh dan saiz si pemakainya.

Menurut Nur Faradila lagi, proses kajian dan pembangunan kerusi roda khas pertama mengambil masa sebulan dan lebih kurang dua minggu untuk disiapkan.

Tempoh yang lama itu disebabkan mereka mencipta kerusi roda tersebut secara manual tanpa menggunakan sebarang mesin.

Walau bagaimanapun, kini mereka sudah menemui kilang yang sesuai untuk menghasilkan kerusi roda tersebut supaya lebih kemas.

BACA: NGO Malaysia Bantu Baik Pulih Hospital Al-Shifa Di Gaza

@faratarmizy

Replying to @ernie_mansor85 Papa Qhalish yang buatkan untuk dia sebab wheelchair mcm nie hanya ada di oversea dan sekarang kami juga ada mengambil tempahan untuk customade wheelchair untuk anak² macam Qhalish #anaksyurga #spinabifidawarrior #babywheelchairs #mystrongboy

♬ Senyumlah – Trexsound

@faratarmizy

Replying to @ernie_mansor85 Papa Qhalish yang buatkan untuk dia sebab wheelchair mcm nie hanya ada di oversea dan sekarang kami juga ada mengambil tempahan untuk customade wheelchair untuk anak² macam Qhalish #anaksyurga #spinabifidawarrior #babywheelchairs #mystrongboy

♬ Senyumlah – Trexsound

Sumber: @faratarmizy via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.