Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
NGO malaysia baik pulih hospital al-syifa
Gambar: Iltizam Relief Society

NGO Malaysia Bantu Baik Pulih Hospital Al-Shifa Di Gaza

Athirah

NGO Malaysia Bantu Baik Pulih Hospital Al-Shifa Di Gaza

Seluruh dunia ketika ini sudah pun maklum dengan situasi perang yang sedang melanda wilayah Gaza di Palestin.

Kerosakan-kerosakan yang berlaku terhadap infrastruktur di sana amat mendukacitakan. Deretan bangunan kediaman, jalan raya, sekolah, masjid dah hospital dilapor musnah dalam serangan udara sebelum ini.

Menurut AFP, pesakit-pesakit dan penduduk setempat yang mencari perlindungan di hospital-hospital di Gaza, seperti Hospital Al-Shifa turut menemui ajal dalam serangan tersebut.

Kementerian Kesihatan Gaza turut mendedahkan skala kemusnahan pada bangunan hospital tersebut termasuk di kawasan sekelilingnya tidak dapat dibayangkan.

“Puluhan mayat termasuk sebahagian daripadanya yang telah reput ditemui di dalam dan sekitar hospital ini.

“Kini, Hospital Al-Shifa tidak lagi beroperasi berikutan musnah sepenuhnya,” kata wakil kementerian tersebut kepada AFP sebelum ini.

NGO Malaysia bantu baik pulih Jabatan Kecemasan di Hospital Al-Shifa

Baru-baru ini, sebuah badan bukan kerejaan (NGO), Iltizam Relief Society berkongsi hantaran berkenaan usaha baik pulih kompleks hospital tersebut yang dijalankan pihaknya dengan kerjasama wakil tempatan di Gaza.

Menurut hantaran di Facebook rasmi NGO berkenaan, usaha baik pulih fasa pertama sudah pun dimulakan kira-kira dua minggu lepas.

“Alhamdulillah, kami ingin berkongsi berita gembira bahawa baik pulih Jabatan Kecemasan Hospital Al-Syifa Fasa 1 sudah pun dimulakan.

“Usaha ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa sumbangan anda semua dan sokongan daripada Yayasan Hasanah,” kata NGO tersebut.

Bersama hantaran berkenaan, turut dimuat naik beberapa keping gambar kerja-kerja baik pulih melibatkan penduduk tempatan.

Projek pemulihan di Hospital Al-Shifa berada pada tahap 50 peratus siap

Dalam pada itu, Iltizam Relief Society turut memaklumkan kerja-kerja ubah suai bahagian pesakit luar ke Jabatan Kecemasan di hospital berkenaan juga sudah mencapat tahap 50 peratus pada minggu kedua.

Ketika seluruh umat Islam sedang melaksanakan ibadan korban, pasukan ini tekun bekerja tanpa henti bagi membaiki bahagian jabatan pesakit luar untuk dijadikan jabatan kecemasan berfungsi sepenuhnya.

Menurut hantaran Iltizam Relief Society lagi, projek ini dijalankan untuk memberi manfaat kepada penduduk Gaza Utara. Malah projek ini juga diharap dapat menyediakan perkhidmatan perubatan kepada mereka yang memerlukan.

BACA: Ramai Tak Tahu, Rupanya Ini Maksud Sebenar “A113” Dalam Filem-Filem Animasi Pixar

Sumber: Iltizam Relief Society via Facebook (1), Iltizam Relief Society via Facebook (2)