Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amway Malaysia Raikan Legasi 50 Tahun Bantu Orang Ramai Nikmati Kehidupan Yang Lebih Baik

MALAYSIA

Amway Malaysia Raikan Legasi 50 Tahun Bantu Orang Ramai Nikmati Kehidupan Yang Lebih Baik

Sempena sambutan ulang tahun ke-50 dalam membantu rakyat Malaysia menikmati kehidupan yang lebih baik, Amway Malaysia meraikan pencapaian bersejarah ini menerusi sambutan AM50, yang memperingati lima dekad komitmennya dalam menyokong gaya hidup lebih sihat serta memperkasa individu melalui keusahawanan beretika.

Sejak penubuhannya di Malaysia semenjak tahun 1976, Amway telah memperkasa generasi demi generasi melalui rangkaian produk berkualiti yang menyokong kesejahteraant, di samping membuka peluang kepada individu untuk membina daya tahan kewangan yang lebih kukuh melalui peluang perniagaan yang diyakini.

Amway telah berkembang menjadi sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan yang dipercayai, di samping terus memperkasa usahawan melalui peluang perniagaan yang mampan. Dengan sokongan rangkaian lebih setengah juta Pemilik Perniagaan Amway (Amway Business Owners) dan Pelanggan Istimewa Amway (Amway Privileged Customers) di seluruh negara, syarikat ini terus komited dalam menyokong aspirasi keusahawanan sambil menawarkan penyelesaian berasaskan sains dalam bidang pemakanan, kecantikan serta kesihatan dan kesejahteraan.

Seiring dengan perubahan gaya hidup dan keutamaan rakyat Malaysia, pendekatan Amway dalam menyokong kehidupan yang lebih sihat turut berkembang. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, negara berdepan pelbagai cabaran kesihatan yang semakin meningkat, termasuk populasi yang semakin menua, peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) serta kekurangan fitonutrien yang meluas, sekali gus menekankan kepentingan penjagaan kesihatan pencegahan dan penuaan yang sihat.

Bagi memenuhi keperluan yang sentiasa berubah, Amway terus melabur dalam penyelidikan dan inovasi berasaskan sains bagi membolehkan rakyat Malaysia mengambil peranan lebih proaktif dalam mengurus dan meningkatkan kesihatan mereka. 

Salah satu contoh komitmen terhadap inovasi ini ialah Nutrilite AmCELL, yang dibangunkan hasil enam tahun penyelidikan mengenai kesihatan sel dan dipacu oleh kepakaran sains tumbuhan milik Amway. Direka untuk menyokong penuaan sihat pada peringkat sel, Nutrilite AmCELL mencerminkan pelaburan berterusan Amway dalam memajukan sains tumbuhan dan kesihatan sel.

“Selama 50 tahun, Amway Malaysia kekal komited terhadap tujuan kami, Membantu Orang Ramai Menjalani Kehidupan yang Lebih Baik, dengan mewujudkan peluang keusahawanan sambil menyokong gaya hidup yang lebih sihat melalui inovasi. Seiring perubahan keperluan rakyat Malaysia, kami akan terus mencari cara baru untuk mencipta nilai, sama ada melalui penyelesaian kesihatan dan kesejahteraan kami, inisiatif yang menggalakkan tabiat hidup lebih sihat, mahupun dengan memperkukuh komuniti kami,” kata Jason Leng, Pengarah Urusan di Amway Malaysia, Singapura dan Brunei.

Perjalanan ini telah mengukuhkan satu keyakinan penting bahawa perubahan yang bermakna bermula dengan memperkasa individu untuk mengambil langkah-langkah kecil yang konsisten ke arah kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik. Falsafah ini terus membentuk pendekatan Amway, daripada membangunkan penyelesaian berasaskan sains hinggalah mewujudkan inisiatif yang menggalakkan amalan harian yang lebih sihat serta memupuk tindakan kolektif. 

Berteraskan falsafah ini, Amway telah melancarkan Mission 50K iaitu sebuah inisiatif di peringkat kebangsaan yang direka untuk menggalakkan 50,000 rakyat Malaysia memulakan perjalanan kesejahteraan mereka. Melalui satu ikrar peribadi, para peserta digalakkan untuk mengutamakan kesejahteraan diri serta mengamalkan perubahan gaya hidup yang positif dan mampan. Dengan menggalakkan setiap individu mengambil langkah pertama, Mission 50K mencerminkan aspirasi Amway untuk menyokong komuniti yang lebih sihat dan menyumbang kepada sebuah negara yang lebih sihat. 

Sebagai sebahagian daripada sambutan AM50, AM50 Expo berperanan sebagai platform awam yang mengetengahkan pelbagai inisiatif sambil mengajak rakyat Malaysia mengimbau perjalanan 50 tahun Amway menerusi pameran produk interaktif, pengalaman kesejahteraan yang diperibadikan, permainan interaktif, aktiviti mesra keluarga serta pelbagai aktiviti yang melibati komuniti. 

Pelancaran AM50 Expo telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Rohaizi bin Bahari, Setiausaha Bahagian Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), mencerminkan kepentingan kerjasama berterusan antara kerajaan dan industri dalam memupuk keusahawanan yang bertanggungjawab serta ekosistem perniagaan yang diyakini. 

Sambutan ini turut menampilkan forum Memperkasa Rakyat: Menangani Tekanan Kos Sara Hidup Melalui Keusahawanan Beretika, yang mengukuhkan komitmen jangka panjang syarikat terhadap keusahawanan yang bertanggungjawab.

Menghimpunkan wakil daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Amway Malaysia, forum tersebut menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan ekonomi semasa, daya tahan kewangan serta peranan keusahawanan beretika dalam mewujudkan peluang pendapatan yang mampan.

Menurut DSAM Board Report 2025/26, Malaysia kini berada di kedudukan kelima di dunia dalam industri jualan langsung, sekali gus mencerminkan pertumbuhan berterusan sektor ini serta peranannya yang penting dalam mewujudkan peluang keusahawanan kepada rakyat Malaysia.

Sehubungan ini, satu kajian dalaman Amway Malaysia mendapati bahawa kira-kira 10 juta rakyat Malaysia berminat untuk meningkatkan pendapatan atau memulakan perniagaan. Penemuan kajian tersebut mencerminkan minat yang berterusan terhadap keusahawanan sebagai laluan ke arah daya tahan kewangan yang lebih kukuh. 

Selain memperkasa individu melalui peluang perniagaan dan kehidupan yang lebih sihat, Amway juga secara konsisten melabur dalam pelbagai inisiatif yang memberi impak bermakna dan berkekalan kepada masyarakat.

Program seperti Projek HeadSTART telah menyediakan bimbingan, latihan kemahiran dan peluang pendidikan kepada golongan belia yang kurang bernasib baik, manakala WOW Community Bazaar yang dianjurkan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membantu komuniti yang memerlukan.

Baru-baru ini, AM-Power Lives Drive-Thru telah menghimpunkan kakitangan, Pemilik Perniagaan Amway serta orang awam untuk mengumpul dana dan barangan keperluan asas bagi membantu kanak-kanak daripada komuniti terpinggir di Chow Kit. 

Melangkah ke hadapan, Amway Malaysia kekal dalam merealisasikan tujuannya, Membantu Orang Ramai Menjalani Kehidupan yang Lebih Baik, dengan mewujudkan peluang keusahawanan yang bermakna, menerokaan penyelesaian kesihatan dan kesejahteraan berasaskan penyelidikan, serta bekerjasama strategik bersama kerajaan, rakan industri dan komuniti untuk mewujudkan impak positif yang berterusan kepada rakyat Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen AM50 Amway Malaysia, layari www.amway.my.

Ringkasan AI
  • Amway Malaysia menyambut 50 tahun operasi dengan kempen AM50 dan pelbagai aktiviti komuniti.
  • Mission 50K dilancarkan bagi menggalakkan 50,000 rakyat Malaysia memulakan perjalanan kesejahteraan diri.
  • AM50 Expo turut menampilkan forum mengenai keusahawanan beretika dan daya tahan kewangan rakyat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan