Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wan Rosdy Lulus RM30,000 Baik Pulih Jeti Nelayan Sungai Belat

ROSDY
Kredit: Facebook Wan Rosdy Wan Ismail

Wan Rosdy Lulus RM30,000 Baik Pulih Jeti Nelayan Sungai Belat

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail meluluskan peruntukan sebanyak RM30,000 bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan Jeti Nelayan Sungai Belat ketika meneruskan siri Jelajah Aspirasi Pahang 1st di Kampung Belukar, Dewan Undangan Negeri (DUN) Inderapura, Kuantan.

Wan Rosdy berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau meninjau sendiri keadaan jeti berkenaan serta mendengar pandangan dan keperluan komuniti nelayan di kawasan tersebut.

Menurut beliau, kemudahan itu memerlukan perhatian supaya dapat terus dimanfaatkan dengan lebih selesa dan selamat oleh nelayan tempatan.

“Melihat keadaan jeti yang memerlukan perhatian, saya bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM30,000 bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan supaya kemudahan ini lebih selesa, selamat dan dapat dimanfaatkan oleh para nelayan tempatan. Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

Dalam lawatan itu, Wan Rosdy turut meluangkan masa beramah mesra bersama penduduk Kampung Belukar, termasuk mencuba permainan dam bersama seorang penduduk, Jaafar.

Beliau berkata, hasrat untuk membawa pulang kemenangan tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain yang lebih berpengalaman.

“Ingatkan boleh bawa balik kemenangan, rupa-rupanya hari ini Tokwan terpaksa mengaku kalah.

“Orang lama memang hebat, langkahnya tenang tetapi penuh strategi,” ujarnya.

Bagaimanapun, menurut Wan Rosdy, kekalahan tersebut terubat apabila menerima hadiah istimewa daripada seorang kanak-kanak, Adelia Azzahra, 11, yang menghadiahkan lukisan potret dirinya yang dilukis ketika beliau sedang bermain dam.

“Halus sungguh hasil tangannya,” katanya.

Intipati
  • Wan Rosdy meluluskan RM30,000 untuk baik pulih Jeti Nelayan Sungai Belat.
  • Keputusan dibuat selepas beliau meninjau keadaan jeti dan mendengar keperluan nelayan tempatan.
  • Wan Rosdy turut beramah mesra dengan penduduk serta menerima lukisan potret daripada kanak-kanak.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan